29 July 2012

Beverly Hills, CALIFORNIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya mengenali Beverly Hills sejak dari bangku sekolah lagi akibat dari populariti drama bersiri dari Amerika Syarikat iaitu  Beverly Hills  90210.

Beverly Hills
terletak bersebelahan dengan Barat Hollywood dan mengambil masa pemanduan selama 20minit (apabila trafik berjalan lancar)  untuk sampai ke sini dari bandaraya Los Angeles.  Beverly Hills ialah sebuah daerah yang merangkumi kawasan perumahan mewah yang rata-rata penduduknya ialah selebriti dan bintang-bintang Hollywood serta mempunyai sebuah kawasan membeli belah yang 99% berjenama mewah yang bernama Rodeo Drive.

Bagaikan tidak percaya apabila sudah sampai di sini
Papan tanda ini cukup terkenal di mata dunia
Berjalan-jalan di Rodeo Drive
Persimpangan memasuki Rodeo Drive
Rodeo Drive yang sangat terkenal
Bergambar di hadapan papan tanda ini cukup untuk membuktikan yang pengunjung sudah menjejakkan kaki di Rodeo Drive
Rodeo Drive yang begitu bersih sekali jauh panggang dari api jika hendak dibandingkan dengan Hollywood dan bandaraya Los Angeles
Sebuah arca diletakkan di bahu jalan
Walk Of Style seakan-akan Walk Of Fame
Bas yang berbentuk trem lama/antik
Sebuah kereta mewah yang terdapat di Rodeo Drive
Seperkara yang menarik perhatian kami ialah sebuah butik yang terletak di Rodeo Drive iaitu Bijan.
Butik yang memfokuskan rekaan untuk kaum lelaki ini sangat mewah sekali.Malah banyak pihak mengiktiraf Bijan sebagai butik paling mewah di dunia.Pelanggan untuk butik Bijan bukan calang-calang.Mereka terdiri dari kalangan VVIP serata dunia contohnya:
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
Bekas Presiden Amerika Syarikat,George W Bush

Presiden Rusia,Vladimir Putin
Bekas Perdana Menteri Britain,Tony Blair
Pelakon Sir Anthony Hopkins, Tom Cruise
Pereka Fesyen Tom Ford,Oscar de la Renta,Giorgio Armani
Kerabat Di Raja Serata Dunia seperti dari Arab dan Brunei

dan ramai lagi.

Lebih ekslusif lagi,Bijan hanya menerima pelanggan yang sudah membuat temu janji sahaja!
Antara barangan mewah yang dijual di Bijan ialah kot berharga sekitar $15,000,sut yang mencecah $25,000,cadar katil bulu chinchilla (haiwan seakan hamster)$120,000,dan kolon(pewangi) $1,500,jaket kulit singa $30,000,dan tali leher beserta kotak sutera $1,200.
Dari sumber lain yang saya perolehi,setiap pelanggan yang datang pasti akan membeli-belah dengan kos $500,000 dan ke atas hanya dalam satu hari.Antara dari mereka ialah Putera dari Arab Saudi.

Bijan  - Designer For Men tersergam indah di Rodeo Drive sejak tahun 1976 "the most expensive store in the world"
Di pintu masuk  Bijan,saya menunjukkan notis  - "By Appointment".Bermaksud hanya pelanggan yang sudah membuat temujanji sahaja dibenarkan masuk
Sedikit maklumat yang ingin saya kongsikan bersama pembaca ialah pemilik butik mewah Bijan ini ialah seorang anak kelahiran Tehran,Iran yang bernama Bijan Pakzad.Beliau dilahirkan pada tahun 1940 dan berhijrah ke Los Angeles,Amerika Syarikat pada tahun 1973.Tiga tahun kemudian barulah butik ekslusifnya dibina di Rodeo Drive.
Bijan Pakzad telah meninggal dunia pada 16hb April 2011 dan disemadikan di Los Angeles.
Dari cermin luar,orang awam dapat melihat gambar-gambar pelanggan yang datang ke butik Bijan yang terdiri dari golongan VVIP yang diletakkan di dalam bingkai di atas meja hiasan di dalam butik berkenaan.

Mendiang Bijan bergambar bersama pelanggan VVIP beliau iaitu Sultan Azlan Shah
Mendiang Bijan bersama bekas Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra di butiknya di Rodeo Drive
Antara senarai nama pelanggan VVIP tertera di cermin luar butik termasuklah bekas Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra
Persimpangan yang menggunakan nama popular

Papan tanda besar Beverly Hills yang terletak berdekatan kawasan perumaha elit

 .
Papan tanda yang sangat terkenal
Salah sebuah rumah agam di Beverly Hills
Sepanjang berada di Beverly Hills,kami tidak terserempak dengan mana-mana artis atau selebriti Hollywood sedangkan di sinilah tempat mereka membeli-belah,bersiar-siar atau beriadah bersama keluarga.Di harap lawatan kami ke sini pada masa akan datang dapatlah bertembung dengan mereka. :-)

27 July 2012

Universal Studios Hollywood

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Oleh kerana kesuntukan masa,kami tidak dapat menghabiskan lawatan keseluruhan di dalam Universal Studios Hollywood.InsyaAllah di masa akan datang kami akan berkunjung lagi ke sini.

Pintu masuk yang menghala ke tempat meletak kenderaan awam
Papan tanda selamat datang yang tertera di dalam kawasan meletak kenderaan awam
Lokasi wajib untuk bergambar sekiranya sudah datang ke Universal Studios  Hollywood
Lokasi wajib untuk bergambar sekiranya sudah datang ke Universal Studio Hollywood


Pintu masuk Universal Studio yang sangat terkenal di kalangan pelancong serta kerap kali kita melihatnya di kaca televisyen mahupun majalah serta poster
Kedai menjual cenderamata
Kedai ais krim
Di dalam kedai menjual cenderamata
Sempat membeli ole-ole untuk diri sendiri
Deretan kedai,butik,kafe dan restoran
Berlatar belakangkan Hard Rock Cafe

Hard Rock Cafe
Food Court juga terdapat di sini
Panggung wayang

Terima kasih kerana sudi bersama dengan Terjemahan Hati.Teruskan mengikuti perkembangan seterusnya sedikit hari lagi.

25 July 2012

Hollywood, CALIFORNIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali di dalam Terjemahan Hati,dan Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua pembaca.Saya kongsikan bersama anda gambar-gambar yang di rakamkan sepanjang percutian saya di Los Angeles beberapa minggu lalu. :-)

Destinasi pertama ialah Hollywood, California.


Hollywood
Dolby Theatre yang dahulunya diberi nama Kodak Theatre,tempat di mana berlangsung Academy Awards
"Jelmaan" Elvis Presley dan Marilyn Monroe yang menjadi tarikan pelancong untuk bergambar
Di hadapan Hard Rock Cafe Hollywood
Di hadapan pintu masuk Hard Rock Cafe Hollywood
Membeli t-shirt Hard Rock Cafe sudah menjadi kemestian buat suami
Muzium patung lilin yang sangat terkenal iaitu Madame Tussauds
Bersama patung lilin pelakon Leonardo DiCaprio
Bekas kereta perang yang menarik perhatian orang ramai
Notis yang terdapat di atas bumbung kereta perang
Hollywood Walk Of Fame - Tom Cruise
Replika anugerah Oscar yang dijual di kedai cenderamata
Di hadapan Chinese Theatre
Chinese Theatre pada waktu malam
Berada di  Griffith Observatory - Sebuah muzium sains dan angkasa lepas yang terletak di atas gunung dan terdapat juga anjung tinjau untuk menarik para pelancong melihat bandaraya Los Angeles dari arah jauh
Pemandangan dari jauh bandaraya Los Angeles dari  anjung tinjau di Griffith Observatory
Hollywood Hills yang sangat terkenal di serata dunia.Gambar ini saya rakamkan semasa berada di anjung tinjau di  Griffith Observatory
"Meletakkan" papan tanda HOLLYWOOD di atas tapak tangan saya
Selepas pulang dari Griffith Observatory,kami menyusuri rumah-rumah penduduk tempatan untuk membolehkan kami bergambar dengan papan tanda HOLLYWOOD dengan lebih dekat lagi
Capitol Record - Syarikat rakaman terbesar dan utama di Amerika Syarikat
Lagi nama-nama bintang ternama di hadapan Capitol Records
Bergambar bersama bintang Tina Turner
Amoeba Music - Penyanyi Yuna pernah mengadakan persembahan di sini
Nantikan Terjemahan Hati seterusnya di dalam siri penjelajahan saya di negeri California. :-)