Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
|
Inilah titik permulaan Route 66.
Route 66 atau US 66 suatu ketika dahulu lebih dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ibu Kepada Jalanraya (Mother Road) atau Jalan Utama di Amerika (Main Street Of America).Route 66
ditubuhkan pada tahun 1926 dan menjadi salah satu jalanraya/lebuhraya
di Amerika Syarikat yang menghubungkan lapan buah negeri yang bermula
dari Chicago Illinois dan berakhir di Los Angeles California meliputi 2448 batu bersamaan 3940 kilometer.
Antara negeri lain yang termasuk di dalam Route 66 ialah, ,Arizona,New Mexico,Texas,Oklahama,Kansas, dan Missouri.
Pada tanggal 27hb Jun 1985, Route 66 secara rasminya ditutup dan dilucutkan dari United States Highway System dan digantikan dengan Interstate Highway System,di mana lebuhraya baru ini lebih relevan menghubungkan hampir kesemua negeri di dalam Amerika Syarikat.
Walaupun Route 66 sudah
tidak relevan untuk digunakan,tetapi "cebisan" nya masih disimpan untuk
kenangan.Beberapa batang jalanraya dan persimpangan utama Route 66 masih digunakan sehingga ke hari ini.
Negeri terbabit ( Illinois, Missouri, New Mexico,dan Arizona) meletakkan papan tanda yang diberi nama "Historic Route 66" untuk tarikan pelancong.
|
|
Di hadapan bangunan Federal Reserve Bank Of Chicago
|
|
Latar belakang bangunan pencakar langit
|
|
Di persimpangan jalan antara East Congress Pkwy dan South Columbus Dr |
|
Buckingham Fountain di Grant Park adalah tempat paling strategik untuk mengambil gambar pemandangan pusat bandar Chicago yang penuh dengan bangunan tinggi |
|
Cuaca yang baik menjadikan gambar pemandangan yang diambil bertambah cantik |
|
Bukingham Fountain yang di bina pada tahun 1927 telah menjadikan air pancut antara terbesar di dunia.Di sini pernah menjadi lokasi untuk drama bersiri dan titik permulaan untuk rancangan The Amazing Race 6 pada tahun 2004 |
|
Makan malam di sebuah restoran pizza terkenal di Chicago sehingga menarik ramai artis tempatan untuk datang makan di sini iaitu Gino's |
|
Singgah sebentar di Hard Rock Cafe. Gitar - gitar ini diletakkan di atas bumbung |
|
Hard Rock Cafe Chicago |
I still call Chicago home too :)
ReplyDeleteDulu waktu training dapat spent time in Chicago but tak dapat berjalan banyak sangat.
These days abru dapat spend more time snooking around city :)
Pilotz : Banyak tempat yang cantik untuk diambil gambar :)
ReplyDelete