Friday 18 January 2013

Grand Central Terminal, New York City

Assalamualaikum.w.h.t dan Salam Sejahtera

Grand Central Terminal / Grand Central Station atau biasa dipanggil Grand Central ialah stesen terminal bagi komuter di bandar New York.Stesen yang dibuka pada tahun 1871 ini adalah yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah platform iaitu sebanyak 44 dan mempunyai 67 trek.

Melalui salah satu bancian yang dibuat pada tahun lepas, Grand Central mendapat nombor enam di dunia tempat yang paling ramai dilawati dengan membawa seramai  lebih kurang 21,600,000 orang dalam setahun,
Gambar atas : Salah satu pintu masuk ke Grand Central

Gambar bawah : Ruang legar yang di panggil Main Concourse
Terpegun melihat Grand Central yang sangat besar dan indah senibinanya
Gambar atas : Bendera Amerika digantung beberapa hari selepas kejadian September 11

Gambar bawah : Kaunte pertnyaan terletak di tengah-tengah Main Concourse
Grand Central yang tidak pernah sunyi
Kedai barangan komputer Apple terdapat di tingkat atas
  Main Concourse yang terletak di tengah-tengah Grand Central

Selain Apple Store , di dalam Grand Central juga terdapat banyak kedai dan restoran.

1 comment:

  1. Grand Central Station reminds of KLF's song - Last Train to Transcentral

    ReplyDelete