Friday 25 January 2013

Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 3 (2012)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

25hb September 2012
Hari ini genap tiga tahun usia perkahwinan saya dan suami.Tidak ada sambutan istimewa kerana kami harus pulang ke Kuala Lumpur sebelum tengah hari. Di sini saya kongsikan gambar apa yang saya dan suami lakukan pada hari ulang tahun kami berdua.
Sarapan pagi yang ibu saya sediakan iaitu nasi lemak,sambal tumis udang dan ayam goreng.
Bersama Lia, kawan saya sejak dari sekolah menengah.Sudah lama saya teringin dengan tart keju hasil air tangan beliau. Terima kasih kerana dapat menyediakannya walaupun saya menempah "last minute".
Lia menjalankan perniagaan kek dan manisan lain, untuk maklumat lanjut sila ke blog beliau www.aromacakes.blogspot.com
Gambar atas : Menziarahi pusara.

Gambar tengah : Pusara datuk (bapa kepada ibu saya).

Gambar bawah : Pusara abang saya.
Dan yang terakhir, pusara bapa saya.Selama tiga tahun tidak berada di Malaysia hanya mimpi yang menghubungkan saya dengan arwah bapa.Hari ini baru merasa lega kerana dapat datang ke sini.
Gambar atas : Sedikit istimewa tentang hari ulangtahun perkahwinan saya ialah pada hari ini saya mengenakan baju kurung milik ibu.Sekurang-kurangnya ia hadiah pengubat rindu.

Gambar tengah dan bawah : Bergambar bersama ibu dan kakak sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur.

Gambar atas : Ucapan Selamat Jalan sebelum kami memasuki lebuh raya di Simpang Pulai.

Gambar tengah : 2012 - Tahun Melawat Perak.

Gambar bawah : Melawat anak-anak saudara yang sedang berperang mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan.

Melawat anak -anak saudara di Universiti Kuala Lumpur.

Gambar bawah kiri : Anak saudara menjadi model di dalam poster di belakang beliau.

Gambar bawah kanan : Pie, antara kawan rapat anak saudara.
Gambar bawah kanan : Pertama kali berjumpa dengan Nurul Jannah, rakan kepada anak saudara dan juga follower saya dalam blog Terjemahan Hati.
Tidak sangka ada juga peminat yang ingin bergambar dengan saya :)
Sepanjang berada di perantauan,saya selalu memasang rancangan iaitu sekiranya pulang ke Malaysia ibu saudara saya yang seorang ini pasti saya akan ziarahi.
Dari Universiti Kuala Lumpur saya terus ke Gombak untuk berjumpa dengan mak ngah, ibu saudara yang paling saya rapat sejak dari kecil kagi.
Walaupun kami kesuntukan masa dan masih ada dua temujanji ,jemputan minum petang dari mak ngah sukar untuk kami tolak. Seperti juga masakan ibu yang saya rindui, masakan mak ngah pun begitu juga. Walaupun dengan secawan air teh sekurang-kurangnya ia mengubat kerinduan.

Ini pertama kali suami datang menziarahi mak ngah di Gombak. Saya ingin beliau tahu dan tengok sendiri di sinilah tempat saya menumpang beberapa bulan semasa saya baru mendapat pekerjaan dengan Penerbangan Malaysia pada tahun 2004. Jasa mak ngah sekeluarga tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Saya juga rindu dengan masakan air tangan mak nggah. InsyaAllah panjang umur,murah rezeki kita akan berjumpa lagi.
Temujanji seterusnya ialah berjumpa dengan Kak Kusyi dan Abang Zul di Restoran Jejantas Sungai Buluh. Mereka antara tulang belakang yang membantu menjayakan majlis perkahwinan saya dan suami.
Terima kasih kerana belanja kami satay.

Abang Zul ialah jurukamera rasmi semasa majlis nikah dan bersanding. Genap tiga tahun usia perkahwinan baru lah kami menerima dan dapat melihat album gambar yang telah dirakamkan oleh Abang Zul. Kak Kusyi juga telah membuat liputan dan artikel disiarkan di dalam majalah Jelita hujung tahun 2009.
Antara gambar yang dirakamkan oleh Abang Zul.
Kejutan yang diberikan oleh keluarga angkat kami. Terima kasih kerana sudi menghadiahkan kami kek yang sedap ini.
Kejutan yang diberikan oleh keluarga angkat.
Keluarga angkat yang sama-sama menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami.
Begitulah sedikit sebanyak gambar yang dapat saya kongsikan bersama pembaca sempena hari ulang tahun perkahwinan saya yang ketiga. Jika tahun pertama dan kedua saya menyambutnya hanya dengan suami di Melbourne, tetapi pada tahun ketiga, saya dapat berada di Malaysia bersama keluarga dan sahabat.


2 comments: