Wednesday 30 January 2013

Melbourne Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Di Australia lebih banyak pilihan restoran halal yang menyajikan makanan dari Malaysia dan Indonesia berbanding di Amerika Syarikat.Pulang ke Australia semestinya kami tidak melepaskan peluang menikmati makanan yang dirindui sementelah pulang ke Malaysia pun tidak puas dengan aktiviti 'jalan-jalan cari makan'.

Pandangan bandaraya Melbourne dari balkoni apartmen kami
Berjumpa semula dengan teman-teman
Bersama dengan kakak angkat di Geelong, Victoria

Melepaskan rindu menjamu selera dengan makanan-makanan kegemaran
Mee Siam dari Killiney Kopitiam dan Roti Bom dari Chilli Padi Mamak Kopitiam

Seorang lagi kakak angkat telah menghadiahkan kami suami isteri pulut kuning sempena ulangtahun perkahwinan
Gambar atas : Kak Fir, seorang lagi kakak angkat

Gambar bawah : Hadiah tudung dan selendang dari Kak Fir
The Burger Lounge di Eltham Victoria. Restoran burger halal yang menyajikan pelbagai pilihan burger
PappaRich
Chilli Padi Mamak Kopitiam di Racecourse Road  Kensington
Kedai ais krim dan pencuci mulut Tom Turtle sangat menarik perhatian kerana ais krim dihidangkan di atas batu sejuk dan berbentuk segi empat.Perasa ais krim pun banyak yang ditawarkan.
Tom Turtle

169 Bourke St
Melbourne
Makan - makan di rumah kakak angkat dan berkumpul dengan rakan-rakan
Menziarahi teman rapat
Dua gambar paling atas : Untungnya dapat tinggal di Melbourne kerana terdapat Nandos, McDonald's dan KFC halal

Dua gambar bawah : Mee rebus ,mee siam dan nasi lemak kari ayam di Killiney Kopitiam
Sekali lagi, menikmati hidangan di PappaRich
Restoran Es Teler 77
Salah satu restoran pizza yang menjadi kegemaran kami, terletak di Dandenong Victoria

Anak kepada seorang kenalan Adam Greiger
Makan malam bersama kakak dan abang angkat sekeluarga
Makan malam bersama kakak dan abang angkat sekeluarga

4 comments:

  1. Melbourne is the most liveable city in the world, but yet one of the most expensive city.

    Tapi for Muslims, untung sangat sebab makanan halal amat banyak.

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC : Ya,makanan halal tak jadi masalah untuk dicari di Melbourne

    ReplyDelete
  3. balik Melb tak jumpa kita pun!.

    ReplyDelete
  4. Anonymous : Salam tidak ,nama pun jauh sekali hendak diberi kenapa tiba2 saja saya diterjah dengan soalan begini? Untuk maklumat tambahan kepada para pembaca Terjemahan Hati, ketika di Melbourne saya dan suami sibuk dgn macam2 urusan.Kami bukan berehat semata2 dan mustahil untuk kami berjumpa dengan semua kenalan di serata Australia.Kepentingan utama ialah berjumpa dgn teman rapat dan keluarga angkat sebelum kami terbang semula itupun terpaksa diselit2kan dengan waktu yg ada.Mana mungkin untuk saya tidak berjumpa dengan mereka terutamanya kakak2 angkat saya yg selama ini merekalah yang sangat mengambil berat tentang saya tidak kira semasa saya di Australia mahupun di Amerika.Dalam keadaan saya sihat,sakit dan sebagainya mereka juga yang sentiasa risaukan saya.
    Kepada mereka yang tidak dapat berjumpa dengan saya dan suami ketika kami berdua berada di Australia ,saya berharap anda memahami akan situasi kami.Teruskan mengikuti perkembangan Terjemahan Hati sekian terima kasih. :)

    ReplyDelete