Saturday 5 January 2013

Berdiri Atas Lantai Kaca Luar Bangunan Tingkat 103

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Di suatu petang setelah suami pulang dari bekerja beliau mengajak saya keluar untuk ke
Willis Tower
.

Makan malam di California Pizza Kitchen sebelum ke Willis Tower. Pizza keju bersama salad dan ikan salmon panggang
Dari tempat tinggal,kami hanya berjalan kaki menuju ke Willis Tower. Walaupun agak jauh (30minit masa berjalan kaki) tetapi ia bukanlah masalah bagi kami yang sudah biasa lagipun memandu di dalam pusat bandar yang selalu sesak seperti Chicago memang melecehkan apatah lagi banyak masa membazir semata-mata untuk mencari tempat meletak kereta.

Lalu di hadapan Trump International Hotel & Tower (Milik Donald Trump). Lihat sahaja di dalam gambar ini pencapaian ketinggian bangunan


Willis Tower (nama lama Sears Tower) yang semasa siap pembinaan pada tahun 1973 menjadikan bangunan ini paling tinggi di dunia setinggi 108 tingkat dan memegang rekod ini selama 25 tahun lamanya. Di dalam bangunan ini bukan sahaja menempatkan banyak ibu pejabat dari syarikat-syarikat terkenal tetapi juga terdapat anjung tinjau (SKYDECK) di tingkat 103 dibuka khusus untuk orang awam.
www.theskydeck.com





Ruang legar sebelum naik ke anjung tinjau (Skydeck)

Gambar atas : Ucapan Selamat Datang

Gambar tengah : Nama samaran bagi Chicago ialah Windy City dan Chi Town

Gambar bawah : Bangunan-bangunan tinggi di dunia
Gambar atas: Bangunan pencakar langit serata dunia

Gambar bawah : Peta menandakan Willis Tower yang terletak di Chicago Illinois

Gambar atas : Ketinggian Willis Tower bersamaan dengan 262 kali ketinggian Michael Jordan

Gambar tengah : Ketinggian Willis Tower bersamaan dengan 313 kali ketinggian Oprah Winfrey

Gambar bawah : Ketinggian WIllis Tower bersamaan dengan 283 kali ketinggian Presiden Barack Obama
Gambar atas : Menaiki lif menuju ke tingkat 103

Terdapat sebuah skrin besar di atas pintu lif dan akan menayangkan video semasa lif ini bergerak naik ke atas

Gambar tengah :
Baru melepasi tingkat 59 Willis Tower
Gambar bawah : Tingkat 74  Willis Tower baru menyamai ketinggian Transamerica Pyramid di San Francisco
Gambar atas : Tingkat 86 Willis Tower baru menyamai ketinggian Eifel Tower
Gambar tengah : Tingkat 96 Willis Tower yang menyamai ketinggian Bank Of China
Gambar bawah : Tiba di tingkat 103

Apabila sudah berada di tingkat 103, perkara yang wajib dilakukan ialah berdiri keluar dari bangunan yang hanya berlantai dan berdindingkan kaca iaitu dipanggil Ledge.
Pasti ramai pengunjung yang takut akan ketinggian tetapi saya pasti ada antara mereka yang cuba memberanikan diri untuk berdiri di sini apatah lagi sudah datang dari jauh dan membayar tiket yang mahal itu.
Syukur saya tidak mempunyai perasaan takut akan ketinggian jadi apabila sudah sampai ke sini,saya manfaatkan peluang dengan mengambil gambar di Ledge sebanyak yang boleh.

Gambar atas : Saya berdiri di atas lantai dan dinding kaca yang tersembul keluar dari bangunan

Gambar tengah : Walaupun saya tahu lantai ini kotor dengan kesan tapak kasut, tetapi saya duduk juga tanda puas hati dapat berada di atas Ledge

Gambar bawah : Untuk gambaran yang lebih jelas bagaimana rupa Ledge, anda boleh lihat sebuah lagi Ledge di belakang saya
Pemandangan Chicago pada waktu malam dari tingkat 103 Willis Tower
Ledge, lantai dan dinding kaca yang terkeluar dari bangunan ini terletak di tingkat 103 Willis Tower
Gambar atas : Pemandangan bandar Chicago pada waktu malam yang dilimpahi dengan cahaya lampu

Gambar bawah : Berdiri di atas Ledge dengan latar belakang yang berbeza dari yang sebelumnya
Gambar atas : Rasa sangat puas hati dapat duduk di atas lantai kaca tingkat 103 ini

Gambar tengah : Jika siang hari, pengunjung yang berdiri di sini dapat melihat lebih jelas pemandangan Chicago arah utara

Gambar bawah : Tingkat 103 (Skydeck)
Gambar kami berdua yang dirakamkan oleh seorang pelancong
Gambar atas : Ucapan Terima Kasih kerana mengunjungi Skydeck

Gambar bawah : Fazlur R Khan ialah arkitek bagi Willis Tower dan banyak lagi bangunan tinggi yang lain. Beliau lahir dan berasal dari Dhaka Bangladesh. Setelah tamat pengajian univesiti di sana, beliau menyambung lagi pengajian ke Amerika Syarikat dan terus menetap dan berhijrah beliau meninggal dunia dan bersemadi di tanah perkuburan di Chicago

Willis Tower (bangunan paling tengah) - Gambar sumber Google

Datang pada waktu malam membataskan saya untuk mengambil banyak gambar. InsyaAllah saya akan kembali ke sini untuk kunjungan pada sebelah siang pula.

No comments:

Post a Comment