Tuesday 8 January 2013

Menginap Di Hotel JW Marriott Terbesar Dunia di INDIANAPOLIS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hotel JW Marriott di Indianapolis adalah hotel yang terbesar di dunia (berdasarkan jumlah bilik sebanyak 1,005 buah) dan begitu juga dengan dewan besar(Grand Ballroom). Hotel ini telah dibuka dengan rasminya pada bulan Febuari 2011.
Projek komplek yang bernilai USD450 juta ini merangkumi hotel-hotel lain termasuklah Courtyard by Marriott Indianapolis Downtown, SpringHill by Marriott Indianapolis Downtown, Fairfiled Inn & Suites by Marriott Indianapolis Downtown dan Marriott Indianapolis Downtown yang jumlah biliknya ialah sebanyak 2,248 buah.Semua hotel ini telah disambungkan dengan Indiana Convention Center.

Di sini saya kongsikan bersama pembaca gambar-gambar di dalam hotel ini termasuklah biliknya.

Hotel JW Marriott yang beralamat di 10 South West Street, Indianapolis
Gambar atas : Starbucks Coffee di dalam hotel yang sama aras dengan tempat meletak kenderaan

Gambar bawah : Menuruni tangga bergerak menuju ke ruang legar utama (lobi)
Pintu masuk utama
Lobi hotel
Gambar atas : Lif yang kami naik bermula dari tingkat bawah,terus ke tingkat 24 seterusnya sehingga ke tingkat 33

Gambar bawah : Kami mendapat bilik di tingkat 32 iaitu dua daripada tingkat paling atas
Bilik 3203
Seperti kebanyakan hotel Marriott yang lain, biliknya tentu bertemakan warna merah
Gambar tengah : Di sebelah tepi meja terdapat beberapa plag elektrik
Bilik air yang cantik tetapi sangat sempit
Pertama kali melihat tiga semburan air dari dua sudut berbeza iaitu di bahagian tengah dan atas
Sudut membuat minuman panas

Gambar paling bawah : Almari
Pemandangan siang dan malam di tempat yang sama yang dilihat dari bilik hotel.Bangunan yang mempunyai kubah itu ialah bangunan pendatdbiran kerajaan negeri ( State Capitol)
Pemandangan Lucas Oil Stadium pada waktu siang dan malam yang dirakamkan dari bilik hotel.Gambar menjadi kebiru-biruan kerana cermin bilik hotel yang berwarna biru
Dua gambar terakhir sebelum daftar keluar dari hotel

2 comments:

  1. View of Capitol dari hotel ni pada waktu malam memang cantik.

    ReplyDelete
  2. Pilotz : Dalam hotel semua cantik dan bersih cuma kamar mandi je kecik sangat

    ReplyDelete