Thursday 24 January 2013

MALAYSIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sejenak terfikir,saya tidak pernah menyangka akan pulang ke Malaysia dari Dubai dengan penerbangan Emirates. Selama ini angan-angan untuk pulang ke Malaysia ialah dengan menaiki Penerbangan Malaysia atau Qantas dari Melbourne atau Perth Australia.
Kepulangan yang tidak dirancang ini hanya sekejap.Saya harus mengikut suami yang mendapat panggilanuntuk pulang ke Australia atas urusan kerja.

Dua orang anak saudara dan keluarga angkat saya datang ke KLIA.Saya memberitahu mereka agak lewat dan mujurlah mereka masih ada masa untuk kami.Keluar dari KLIA kami singgah makan di restoran McDonald's yang tidak jauh dari situ

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh hanya mengambil masa 2jam dan 30minit.Tetapi akibat dari keletihan yang teruk,kami berhenti tidur di hentian rehat di lebuhraya sebelum menyambung perjalanan.Sampai di Ipoh lebih kurang 10.00malam.
Tiada apa yang lebih menggembirakan hati melainkan dapat memeluk ibu tersayang.Saya berpisah dengan ibu pada bulan Oktober 2009 dan bertemu semula pada bulan September 2012.Tiga tahun berjauhan, dan pertemuan semula diiringi dengan pelukan dan air mata
Gambar atas : Bersama ibu, abang sulung dan kakak ipar

Gambar bawah : Kereta kesayangan milik saya yang dibeli pada tahun 2005
Sarapan pagi di rumah abang dan kakak ipar di Tambun
Selepas mengambil gambar untuk memperbaharui lesen memendu,saya membawa suami makan di Medan Selera Dato Tahwil Azar atau warga Ipoh senang dengan panggilan Taman Kanak - Kanak
Gambar atas : Menteri Besar Perak

Gambar tengah dan bawah : Bandaraya Ipoh, bandar tempat saya dilahirkan

Di rumah kakak dan abang ipar saya dan dapat berjumpa dengan dua orang anak saudara yang sudah besar.Terima kasih kerana sudi menjemput kami datang ke rumah
Gambar atas : Jalan Besar, Gunung Rapat. Jalan yang saya gunakan setiap hari untuk pergi ke sekolah

Gambar bawah : Tidak melepaskan peluang ke pasar malam.Ya,kami rindu akan pasar malam di Malaysia
Pelbagai hidangan yang kami beli di pasar malam dan yang paling diidamkan ialah burger Ramly yang tidak terdapat di luar negara.Walaupun sekejap,dapat juga berjumpa dengan lima orang anak saudara
Antara makanan yang kami beli di pasar malam ialah satay, keropok lekor dan apam balik
Lesen memandu yang hilang tiga tahun lepas sudah pun diganti baru dan dalam masa yang sama saya mendapatkan lesen memandu antarabangsa
Gambar atas : Membantu ibu di dapur

Gambar tengah : Nasi lemak

Gambar bawah : Hidangan makan tengah hari.Dua menu yang saya pinta ibu masakkan ialah masak lemak ketam dan ikan kembung goreng.Masakan dari air tangan ibu tiada tandingan
Gambar atas : Makan tengah hari

Gambar bawah : Selepas memperbaharui lesen memandu,saya teruja memandu kereta milik saya sendiri

Adlina, anak saudara yang pada tahun 2009 belum boleh bertutur,tetapi sekarang petah bercakap dan bakal memasuki alam persekolahan

Gambar atas kiri : Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sedang dalam pengubahsuaian

3 comments:

  1. Salam Kak Syery..
    seronok nisah tgk gambar kenangan akak ni.. Alhamdulillah,s empat menjenguk ibu & keluarga... (^_~) bape hari akak tinggal di ipoh aritu?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Nisah Idham : Walaikumusalam Nisah :) Sekejap sgt kat Ipoh,tak semua family pun dpt jumpa.Yg penting dapat jumpa mak dan uruskan beberapa urusan kerajaan yang dah bertahun2 akak tangguhkan.Suami ada urusan kerja so kena bergegas pulang dari America ke Australia.Dan akak pun kena pulang ke Australia sebab ada beberapa perkara penting perlu diselesaikan juga.
    Tak tahu bila lagi ada masa, so ambil kesempatan transit di Malaysia selama 4 hari.Tak lama :)

    ReplyDelete