Wednesday 5 June 2013

Avenue Of Stars, HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Avenue Of Stars terletak di sepanjang Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui dan konsepnya sama seperti Hollywood Walk Of Fame iaitu untuk memberi penghormatan kepada golongan profesional yang cemerlang dalam industri filem Hong Kong.
Dengan pembukaan Avenue Of Stars ini, ia dapat mengukuhkan lagi industri pelancongan tempatan.

Gambar atas : Pelan lantai stesen Hong Kong

Gambar tengah dan bawah  : Menaiki MTR dari stesen Central ke stesen TsimSha Tsui dan keluar di Exit J
Apabila keluar menggunakan Exit J, papan tanda tidak putus - putus menunjukkan arah ke beberapa tempat tarikan pelancong
Di sekitar kawasan Avenue Of Stars
Avenue Of Stars
Mercu tanda terkenal di Avenue Of Stars
Patung Bruce Lee yang paling menarik perhatian para pengunjung
Di permulaan Avenue Of Stars. Para pengunjung pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan patung Bruce Lee.
Gambar bawah :  Menceritakan tentang peristiwa penting dalam pembangunan pawagam di Hong Kong 



Seakan sama dengan Hollywood Walk Of Fame, Avenue Of Stars di Hong Kong turut diletakkan plak dengan nama - nama artis tempatan dan ada di antaranya terdapat bekas tapak tangan mereka.
Saya hanya mengambil gambar plak atau tanda nama (artis) yang saya kenal sahaja dan dalam erti kata yang lain, hampir 90% nama dari daripada plak itu cukup saya kenali.

Gambar paling atas kiri ialah Sir Shaw Run Run (seorang produser tv dan filem, jutawan, dermawan yang juga pengasas TVB Hong Kong. Beliau datang ke Singapura bersama abangnya lalu menubuhkan Shaw Brothers Studio serta bertanggungjawab mengeluarkan filem -filem Cina dan Melayu pada waktu itu dan studio Shaw Brothers terletak di Jalan Ampas). Antara nama lain yang ada di atas plak ini ialah Bruce Lee, Jackie Chan, Leslie Cheung Kwok Wing (yang ada diletakkan kuntuman bunga) dan Andy Lau Tak Wah.
Jet Li, Maggie Cheung, Anita Mui Yim Fung, Tony Leung Chiu Wai, Stephen Chow dan Tony Leung Ka Fai
Plak pelakon yang sekampung dengan saya iaitu Datuk Seri Michelle Yeah Choo Kheng. Tapak tangan beliau sangat kecil jika dibandingkan dengan tapak tangan saya.
Jackie Cheung, Aaron Kwok Fu Shing dan Leon Lai Ming
Simon Yam Tat Wah, Louis Koo, Carina Lau Ka Ling dan Nicholas Tse


Avenue Of Stars
www.avenueofstars.com.hk

2 comments:

  1. alaaaa jackie c pujaan hati ku tak de ke acu? isk isk

    ReplyDelete
  2. sazsaz : Yg di lantai ada nama Jackie Chan. Yg patung takde :)

    ReplyDelete