Monday 10 June 2013

Victoria Peak, HONG KONG (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


SKY TERRACE 428 
Sky Terrace 428 (yang terletak di tingkat paling atas bangunan Peak Tower) berada di ketinggian 428 meter di atas paras laut. Anjung tinjau ini merupakan yang tertinggi di Hong Kong dengan pemandangan panorama 360 darjah yang menakjubkan di seluruh Hong Kong. Oleh kerana sepanjang kami berada di Hong Kong hujan turun hampir setiap hari, maka sebelum mengambil keputusan untuk naik ke Victoria Peak, kami merujuk dahulu dengan ramalan kaji cuaca. Alhamdulilah cuaca yang agak baik menyebelahi kami pada hari itu.

Pemandangan Hong Kong yang dapat dilihat dari Sky Terrace 428. Walaupun tidak hujan, tetapi cuaca yang mendung, berawan dan pencemaran udara yang teruk menghalang pemandangan yang lebih jelas.

2005 - Kali kedua saya datang ke Hong Kong dan kali pertama berkunjung ke Victoria Peak

2013 - Kunjungan terbaru saya (tidak ingat yang ke berapa kali) dan kali kedua ke Victoria Peak

Sengaja saya mengambil gambar di tempat yang sama cuma tebingnya berlainan kerana kerja - kerja pengubahsuaian telah dibuat dan selesai pada tahun 2006

Gambar atas dan bawah : Beberapa lagi gambar yang saya rakamkan dari sudut yang berbeza

Gambar bawah : Rumah - rumah yang ada disini adalah antara kediaman paling mewah di Hong Kong

Sedang menikmati pemandangan panorama Hong Kong 360 darjah, tiba -tiba saya ternampak paramedik mengusung pesakit ke ambulan

Tarikan tambahan di anjung tinjau ini ialah The Sky Gallery, yang memaparkan 17 gambar bersejarah, di mana anda boleh melangkah kembali ke zaman silam dengan melihat bagaimana perubahan Hong Kong melalui gambar - gambar tersebut.

Dereten gambar -gambar yang jelas dengan penerangannya sekali

Berikut ialah turutan 17 gambar yang saya rakamkan satu per satu untuk bacaan anda.













Gambar atas : Pengunjung boleh menggunakan teropong ini secara percuma

Gambar tengah : Bangunan - bangunan tinggi yang menjadi ikon kepada Hong Kong

Gambar bawah : Apabila lensa kamera difokuskan, jelas dapat dilihat feri yang menyeberangi Victoria Harbour. Bangunan Shun Tak (paling kiri) terletaknya terminal untuk feri - feri yang akan ke Macau.


Bergambar kenangan di Sky Terrace 428

Kad disediakan untuk pengunjung menulis ucapan dan menggantungkannya di tempat yang telah dikhaskan


Kompleks membeli belah The Peak Galleria yang jelas kelihatan dari Sky Terrace 428

Sebuah trem yang dalam perjalanan naik ke The Peak

Waktu Operasi Sky Terrace 428
Isnin - Jumaat (10.00 pagi - 11.00 malam)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (8.00 pagi - 11.00 malam)

Harga tiket untuk naik ke Sky Terrace berbeza - bezaa bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang The Peak Hong Kong.
www.thepeak.com.hk

2 comments:

  1. hai.. salam kenal

    follower ke : 29

    done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tenku Butang : Terima kasih :)

    ReplyDelete