Friday, 7 June 2013

Central, HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Central merupakan daerah pusat perniagaan Hong Kong (Central Business District / CBD). Ia terletak di Daerah Tengah dan Barat di pantai utara Pulau Hong Kong, seluruh Victoria Harbour dan paling selatan dari Tsim Sha Tsui di Semenanjung Kowloon

Sebagai daerah pusat perniagaan Hong Kong, di sini terdapat banyak ibu pejabat syarikat-syarikat multinasional, perkhidmatan kewangan dan juga Kedutaan serta Konsulat dari pelbagai negara.


Gambar peta Daerah Central ini sumber dari www.hkstreet.com. Sila rujuk peta di atas jika anda ingin lebih memahami tempat - tempat yang bakal saya ceritakan di bawah ini.
 
Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, sepanjang saya dan suami berada di Hong Kong, cuaca tidak menyebelahi kami kerana hujan lebat turun hampir setiap hari. Justeru saya kurang mood untuk mengambil gambar bangunan - bangunan tinggi yang terdapat di Central. Walau bagaimanapun di sini saya sertakan hanya beberapa sahaja yang saya rasakan terbaik untuk dikongsikan bersama anda.


Gambar atas kiri : Bangunan IFC Mall

Gambar atas kanan : Sekitar kawasan IFC Mall

Gambar bawah kiri : IFC Tower 2 yang juga bangunan kedua tertinggi di Hong Kong

Gambar bawah kanan : Bangunan - bangunan yang bersebelahan dengannya 

Stesen Hong Kong yang terletak di bawah bangunan IFC ini bukan sahaja menghubungkan laluan ke stesen Central (MTR), malah di sini juga stesen untuk penumpang menggunakan keretapi Airport Express. Lebih menyenangkan ialah penumpang yang bakal ke Lapangan Terbang Antaarabangsa Hong Kong boleh melakukan daftar masuk bagasi dari sini.
Gambar atas : Central Ferry Piers - Jeti untuk perkhidmatan feri yang menghubungkan Pulau Hong Kong dan Kowloon serta ke pulau - pulau kecil yang lain

Gambar bawah : Perkhidmatan bas yang membawa penumpang yang ingin ke Victoria Peak
Tidak jauh dari bangunan Central Ferry Piers terdapat poster besar yang cukup menarik perhatian orang ramai terutamanya pelancong luar negara. Gambar - gambar ini jelas menunjukkan ikon bagi Hong Kong khususnya untuk kegunaan penduduk tempatan. Tidak jauh bezanya dengan negara lain,  di Malaysia ataupun Singapura pun turut terdapat barang - barang seperti ini.
Central
Central
Bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1890 ini pada asalnya ialah gudang penyimpanan sejuk yang berfungsi untuk menyimpan ais dan produk tenusu untuk dibekalkan kepada penduduk sekitar Central yang pada ketika itu penggunaan peti ais belum lagi digunakan di setiap rumah. Bangunan ini telah dipelihara dengan baik dan hari ini ia diambil alih oleh kelab kesenian Fringe Club dan The Foreign Correspondents’ Club (Kelab Wartawan Asing).
Seperti biasa apabila melancong di negara atau negeri lain, saya dan suami suka menjelajah ke tempat -tempat yang bukan kebiasaan untuk pelancong. Kami berminat meletakkan diri sebagai penduduk tempatan. Oleh kerana itulah semasa di Central kaki kami melangkah lebih jauh meninjau daerah atau kawasana yang berdekatan dengan Central. Lihat sahaja enam keping gambar di atas, kami berjalan di celah - celah bangunan flat untuk melihat aktiviti seharian penduduk.
Lan Kwai Fong - Lan Kwai Fong ialah sebatang jalan kecil di Central. Kawasan ini merupakan tempat popular bagi  ekspatriat di Hong Kong untuk berhibur kerana terdapat banyak restoran, kafe dan bar. Jalan Lan Kwai Fong adalah berbentuk 'L' dengan dua hujung bergabung dengan D'Aguilar Street. D'Aguilar Street terletaknya Hard Rock Cafe Hong Kong.
Jalan Lan Kwai Fong dan sekitarnya sangat sesak pada waktu malam terutama sekali pada hujung minggu
Perjalanan menuju semula ke bangunan IFC kerana perlu mengambil perkhidmatan shuttle untuk pulang ke hotel

No comments:

Post a Comment