Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Victoria Peak yang terletak di bahagian barat Pulau Hong Kong merupakan gunung tertinggi di pulau itu dengan ketinggian 552 m (1,811 kaki). Puncak Victoria Peak dikhaskan untuk pencawang telekomunikasi radio dan ditutup kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, taman-taman awam dan kediaman mewah di sekitarnya dipanggil dengan nama The Peak.
Lebih kurang 7 juta pelawat yang datang setiap tahun menjadikan Victoria Peak sebagai tempat tarikan utama pelancong. Ia memberikan pemandangan menarik di sekitar Hong Kong terutamanya di daerah Central, Victoria Harbour dan Tsim Sha Tsui di Kowloon. Bilangan pelawat yang ramai membawa kepada pembinaan dua pusat membeli-belah iaitu Peak Tower dan Peak Galleria yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.
|
Menaiki teksi terus dari hotel sehingga ke stesen trem (Garden Road Peak Tram Lower Terminus) di Central
Sekadar berkongsi cerita, inilah pertama kali saya menaiki teksi di sini. Sejak dari kecil lagi saya suka menonton drama bersiri Hong Kong di stesen tv Malaysia. Justeru semasa kedatangan pertama di Hong Kong pada tahun 2005, saya begitu teruja dan perasaan tidak sangka begitu membuak - membuak apabila melihat teksi merah ini secara dekat. Pada ketika itu berkali - kali saya bercakap di dalam hati, 'tidak sangka akhirnya dapat datang ke Hong Kong!'. |
Harga tiket untuk menaiki trem ke
The Peak berbeza - beza bergantung kepada promosi atau pakej yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila ke
www.thepeak.com.hk.
Kami pula membeli tiket yang pakejnya merangkumi tiket tram naik dan turun, pas untuk masuk ke
Sky Terrace 428 dan pas masuk ke muzium patung lilin
Madame Tussauds.
Tiket boleh dibeli di
www.madametussauds.com/hongkong.
|
Gambar atas : Sebaik sahaja tiba di sini, kami terus ke kaunter Madame Tussauds untuk mendapatkan tiket yang telah dibeli awal beberapa hari secara online
Gambar tengah : Kaunter tiket trem
Gambar bawah : Patung lilin Sir Li Ka Sing diletakkan di sebelah kaunter tiket. Beliau merupakan hartawan terkenal dan namanya tersenarai antara individu terkaya di dunia. |
|
Sebelum menaiki trem, bakal penumpang boleh melihat replika trem lama dan membaca sejarah pembinaannya |
|
Sejarah pembinaan dan perasmian trem ada diceritakan di sini. Contoh tiket lama turut dipamerkan. |
|
Trem yang baru tiba dari The Peak |
|
Pemandangan Pulau Hong Kong dapat dilihat semasa dalam perjalanan naik ke The Peak |
|
Jika anda ingin bergambar di dalam kabin yang kosong tanpa gangguan penumpang lain yang berasak - asak untuk turun, jadilah penumpang terakhir yang keluar dari trem |
|
Tiba di The Peak |
Turun Dari Victoria Peak
|
Semasa menunggu trem |
Cerita dan gambar semasa saya berada di
The Peak akan menyusul selepas ini.
Kat mana2 memang pack kan..ramai orang...
ReplyDeleteAmanda Suria : Memang ramai, tapi still ok lah. Tak 'se stress' berbanding kalau di Singapore. :)
ReplyDelete