Friday 14 June 2013

Warung Malang Di HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Setelah penat berjalan - jalan di sekitar Causeway Bay dan sebelum pulang ke hotel, saya dan suami telah singgah untuk makan malam di sebuah restoran Indonesia iaitu Warung Malang.


Di hadapan pintu masuk di tingkat bawah bangunan Dragon Rise

Menaiki tangga menuju ke tingkat dua

Gambar atas : Waktu perniagaan tertera di hadapan pintu masuk

Gambar tengah : Barangan runcit turut dijual di dalam restoran ini

Gambar bawah : Krew produksi dari Astro Oasis (Malaysia) pernah datang ke Warung Malang

Gambar atas : Di bahagian kaunter yang menghidangkan lauk pauk. Di belakangnya boleh nampak dapur restoran.

Gambar tengah : Selain barangan runcit, buku - buku agama ada dijual di sini

Gambar bawah : Tabung derma yang bakal dihantar ke Indonesia dan di salurkan kepada mereka yang memerlukan

Menu makanan

Menu untuk minuman

Gambar atas :  Wanita bertudung di dalam gambar ini ialah pemilik restoran

Gambar bawah : Keropok yang sesuai dibuat kudapan sementara menanti hidangan siap dihantar

Ais kelapa, cendol dan kuih lopis

Menu yang menjadi pilihan ialah nasi ayam goreng kampung dan nasi ayam penyet

Rindu pula untuk makan nasi dengan tangan setelah lama menggunakan pengepit sahaja sepanjang berada di Hong Kong ini

Selain kedai makan, pemilik restoran Warung Malang mempunyai kedai buku yang terletak bersebelahan dengannya serta menyediakan perkhidmatan fotokopi kepada pelanggan

Toko Buku (kedai buku) yang menjual pelbagai pilihan buku agama, jubah dan tudung

Kepada mereka yang berminat untuk datang ke Warung Malang, saya mencadangkan supaya elak dari datang pada waktu puncak (dalam lingkungan 12.00 - 1.00 tengah hari). Ini kerana faktor saiz restoran yang agak terhad.
Melalui satu sumber lain pula, Warung Malang akan sesak pada hari Sabtu dan Ahad kerana hujung minggu ialah hari pelepas bagi pembantu rumah di Hong Kong. Melalui pemerhatian saya, majoriti pembantu rumah di Hong Kong ialah mereka yang berasal dari Indonesia dan Filipina.

Warung Malang dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Pembayaran secara tunai sahaja diterima.

WARUNG MALANG
2nd Floor, Flat B2,
DRAGON RISE BUILDING
9-11 Pennington Street,

Causeway Bay


Perjalanan berjalan kaki dari persimpangan Jardine's Bazaar dan Hennessy Road ke Warung Malang mengambil masa lebih kurang 2 -3 minit sahaja.

No comments:

Post a Comment