Sunday 9 June 2013

Victoria Peak, HONG KONG (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Peak Tower
Peak Tower ialah sebuah kompleks membeli-belah dan juga menempatkan terminal trem (Tram Peak). Penumpang trem akan turun dan masuk ke Peak Tower lalu terus menempuh kedai - kedai menjual cenderahati.

Peak Tower

Selepas kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 2006, Peak Tower kini mempunyai lapan tingkat dan anjung tinjau dipindahkan ke tingkat atas bangunan.
Jauh bezanya semasa saya datang ke sini kira- kira 8 tahun yang lalu.

Rock Shop @ The Peak
Rock Shop
di sini hanya menjual barangan cenderahati. Cawangan Hard Rock Cafe yang lebih besar dan mempunyai restoran terletak di Central.
Jika anda peminat mengumpul baju-t Hard Rock Cafe, saya cadangkan anda datang ke dua - dua buah cawangan kerana corak baju-t yang dijual berlainan antara satu sama lain.






BUBBA GUMP SHRIMP CO.

Makan tengah hari di restoran makanan laut

Gambar atas : Menikmati hidangan dengan pemandangan indah Victoria Harbour (di belakang saya)

Gambar bawah : Frozen Lemon - Ups (Minuman Berperisa Lemon) 

Gambar atas : Onion Rings (Bawang Goreng Tepung Dihidang Dengan Sos BBQ)

Gambar tengah : Shrimp Cajun (Udang Cajun Berempah)

Gambar bawah : Fish With Cajun Shrimp (Ikan Dan Udang Panggang Dengan Sos Krim)

Cinnamon Bread Pudding (Puding Roti Bersos Vanila dan Ais Krim)

Akan bersambung..

No comments:

Post a Comment