Thursday 13 June 2013

Causeway Bay, HONG KONG

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Causeway Bay yang terletak di Pulau Hong Kong begitu terkenal kerana kesesakannya sekaligus menjadikan ia sebagai daerah membeli belah utama di Hong Kong.
Antara yang terkenal dan menjadi perhatian ialah gedung Sogo, Times Square, World Trade Centre, Hysan Place, Windsor House dan Hang Lung Centre. 

Satu sumber mengatakan bahawa sewa di kawasan ini, iaitu berdekatan dengan pusat membeli-belah Causeway Bay disenaraikan sebagai kedua tertinggi di dunia selepas Fifth Avenue New York dan hampir dua kali ganda lebih daripada tempat ketiga Ginza Tokyo.


Sebahagian dari peta Causeway Bay. Gambar di atas ialah kawasan yang paling popular di kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan terutama sekali dalam aktiviti membeli belah.
Gambar sumber dari Hong Kong Hotels Network.

Pengawal lalu lintas di stesen MTR (pada waktu puncak)

Times Square 

World Trade Centre - Merangkumi pejabat dan pusat membeli belah

Sekitar kawasan membeli - belah di Causeway Bay

Hysan Place - Bangunan setinggi 40 tingkat ini merangkumi pejabat dan premis perniagaan. 17 tingkat daripada jumlah keseluruhan didominasikan oleh pusat membeli - belah.

Gambar atas : Kasut gergasi

Gambar dua dari atas : Jika tidak silap, saya berdiri di tingkat 14 di Hysan Place

Gambar tiga dari atas : Lif yang bakal menjimatkan masa pengunjung. Pengunjung boleh memilih untuk terus turun ke tingkat tertentu tanpa berhenti di tingkat lain (lif ini akan melangkau beberapa tingkat)

Gambar bawah : Promosi filem Iron Man 3 di Hysan Place


Tandas awam di Hysan Place - Inilah pertama kali saya masuk ke tandas awam yang mempunyai lampu isyarat. Lampu merah memberi maksud tandas sedang digunakan, manakala lampu biru bermaksud tandas kosong.

Gambar atas : Saya berada di tengah - tengah kesesakan di hadapan butik Forever 21 di Jardine's Bazaar (memegang beg plastik berwarna kuning).

Gambar bawah : Jika anda datang ke Causeway Bay, jangan lupa singgah di Jardine Crescent. Walaupun hanya lorong kecil tetapi deretannya dipenuhi dengan gerai  - gerai yang menjual bermacam - macam barang contohnya pakaian lelaki dan wanita, beg, serta aksesori rambut dengan harga yang murah. Tiada apa yang saya beli di sini tetapi sekadar 'mencuci mata' pun sudah mencukupi.

Gambar atas : Jardine's Bazaar, salah satu jalan terkenal di Causeway Bay yang juga menghubungkan jalan besar Hennessy Road

Gambar tengah : Gedung Sogo setinggi 13 tingkat terletak di Hennessy Road

Gambar bawah : Persimpangan antara
Hennessy Road dan Jardine's Bazaar merupakan simpang yang sangat sibuk dengan pejalan kaki sepanjang hari. Saya melihat kesibukan ini sama seperti di Times Square New York.

Trem dua tingkat yang dipanggil Hong Kong Tramways hanya beroperasi di Pulau Hong Kong

Sebuah bangunan yang lampunya bertukar bermacam - macam warna

Gambar atas : Persimpangan antara Hennessy Road dan Jardine's Bazaar

Gambar tengah : Sogo di sebelah kiri gambar

Gambar bawah : Times Square yang terang benderang pada waktu malam

Jika ingin datang ke sini dengan menggunakan MTR, sila turun di stesen 'Causeway Bay'. Rujuk papan tanda arah kerana terdapat banyak pintu keluar di stesen ini.

No comments:

Post a Comment