Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Victoria Harbour t
erletak di antara Pulau Hong Kong dan Semenanjung Kowloon di Hong Kong.
Dari sudut pelancongan, Victoria Harbour sangat terkenal kerana di sini dapat dilihat panorama malam yang menakjubkan terutamanya ke arah Pulau Hong Kong di mana cahaya lampu menerangi bangunan - bangunan pencakar langit. Antara lokasi terbaik untuk melihat Victoria Harbour ialah di Victoria Peak (di Pulau Hong Kong), Kowloon Public Pier (di Kowloon) serta kawasan yang berhampiran dengannya.
|
Gambar paling atas : The Peninsula Hong Kong ialah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang menggabungkan elemen kolonial dan moden yang terletak di Tsim Sha Tsui
Gambar dua dari atas : Hong Kong Space Museum
Gamba tiga dari atas : Hong Kong Cultural Centre
Gambar bawah : Hong Kong Museum Of Art
Kesemua tempat - tempat di atas terletak tidak jauh dari Victoria Harbour |
|
Gambar atas : Kowloon Public Pier merupakan salah satu perhentian semasa berlangsungnya acara larian obor Sukan Olimpik (Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan Sukan Olimpik Beijing 2008)
Gambar bawah : Anjung tinjau di Kowloon Public Pier di buka untuk orang awam dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam |
Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar semasa saya dan suami berada di
Kowloon Public Pier di Tsim Sha Tsui yang berdekatan juga dengan
Hong Kong Cultural Centre (Pusat Kebudayaan Hong Kong).
Dari sini jelas dapat dilihat
Victoria Harbour terutamanya pemandangan ke arah Pulau Hong Kong. Gambar - gambar yang saya rakamkan agak kurang menarik kerana cuaca yang tidak memuaskan sepanjang kami berada di Hong Kong.
Walau bagaimanapun, pada suatu hari (sebelah malam) kami bernasib baik kerana dapat mengambil gambar pemandangan
Victoria Harbour selepas hujan turun.
|
Pemandangan Victoria Harbour pada waktu siang |
|
Pemandangan Pulau Hong Kong yang dilihat dari Kowloon Public Pier |
|
Wifi percuma terdapat di sini |
|
Gambar atas : Tsim Sha Tsui Clock Tower
Gambar tengah : Pada setiap hujung minggu, kawasan sekitar ini dijadikan tempat berhimpun bagi pembantu -pembantu rumah dari Filipina yang bekerja di Hong Kong (mereka mendapat cuti pelepasan setiap hari Sabtu dan Ahad).
Gambar bawah : Bangunan tinggi ini ialah Sky100 Hong Kong Observation Deck |
|
Victoria Harbour pada waktu malam |
|
Pemandangan Victoria Harbour pada waktu malam |
|
Bergambar berlatar belakangkan Pulau Hong Kong. Pada setiap malam tahun baru, para pengunjung menjadikan tempat ini sebagai lokasi strategik untuk menunggu detik tengah malam bagi meraikan tahun baru dan melihat percikan bunga api. |
No comments:
Post a Comment