Wednesday 19 June 2013

MACAU 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sementelah bercuti di Hong Kong, saya dan suami membuat keputusan secara mengejut untuk ke Macau.
Ini bukanlah pertama kali kami ke Macau dan kunjungan terdahulu adalah kerana tuntutan kerja.

Dari hotel, shuttle membawa kami ke terminal feri di Shun Tak Centre. Jarak antara hotel dengan terminal feri ini ialah 1.8 kilometer sahaja.

Shun Tak Centre ialah sebuah kompleks komersial yang terletak di pantai utara Pulau Hong Kong iaitu di Sheung Wan, Hong Kong. Ia merangkumi sebuah pusat membeli-belah, tempat letak kereta, dua menara pejabat setinggi 38 tingkat dan terminal feri untuk ke Macau (Hong Kong - Macau Ferry Terminal).

Di dalam pusat membeli belah di Shun Tak Centre. Gambar paling bawah ialah kaunter di mana kami mengambil tiket feri yang sudah dibeli awal secara online.

Gambar atas : Jadual waktu perlepasan

Gambar dua dari atas : Pintu berlepas di bahagian Barat

Gambar tiga dari atas : Pintu berlepas di bahagian Timur

Gambar bawah : Hanya penumpang yang memegang tiket sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan perlepasan

Di dewan menunggu dan perlepasan

Gambar atas : Feri yang bakal kami naiki akan berlepas pada jam 9.30 pagi

Gambar tengah : Wakil dari Lembaga Perlancongan Hong Kong (Hong Kong Tourism Board) sedang membuat soal jawab mengenai pelancongan Hong Kong (survey)

Gambar bawah : Hadiah berupa pin topeng opera diberikan tanda terima kasih kerana telah bekerjasama dalam sesi soal jawab tersebut

Gambar atas : Penumpang sudah dibenarkan masuk ke dalam feri

Gambar tengah : Inilah kabin Cotai First (Kelas Pertama) yang terletak di tingkat atas manakala Cotai Class (Kelas Ekonomi) di tingkat bawah

Gambar bawah : Keistimewaan Cotai First ialah penumpang akan mendapat minuman dan makanan secara percuma serta keutamaan keluar dari feri awal berbanding penumpang Cotai Class

Gambar atas : Kad keselamatan

Gambar tengah : Pelan kawalan kebakaran

Gambar bawah : Menu minuman yang diberikan percuma kepada penumpang
Cotai First

Gambar atas : Kami menolak makanan ringan mee segera yang ditawarkan, sebaliknya hanya memilih minuman teh panas

Gambar bawah : Tiket feri dari Hong Kong ke Taipa Macau dengan menaiki Cotai Water Jet Kelas Pertama (Cotai First) untuk satu hala bagi seorang ialah HKD213 bersamaan lebih kurang RM85.90, SGD 34.44, AUD28.77, USD27.43

Harga tiket berbeza - beza bergantung kepada lokasi, hari, waktu dan juga peringkat umur. Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang Cotai Water Jet iaitu www.cotaijet.com.mo.
Satu lagi syarikat feri yang memberikan perkhidmatan ulang - alik dari Hong Kong ke Macau ialah TurboJET.
www.turbojet.com.hk

Kepada yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan helikopter dari Hong Kong ke Macau, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Sky Shuttle.
www.skyshuttlehk.com


Gambar atas : Kad ketibaan yang menggunakan tiga bahasa termasuk Bahasa Portugis. Umum sedia maklum yang Macau ialah tanah bekas jajahan Portugis. Macau telah ditadbir oleh Portugal dari pertengahan abad ke-16 sehingga 1999.

Gambar bawah : Feri biru dalam gambar ini sama seperti feri yang kami naiki

Selepas satu jam pelayaran, akhirnya kami selamat tiba di Taipa Temporary Ferry Terminal di Macau

Gambar atas kiri : Pemandangan di luar terminal feri yang saya rakamkan dari dalam bas

Gambar atas kanan : Menaiki bas (hotel shuttle) percuma untuk ke hotel The Venetian


Gambar bawah : Lapangan Terbang Antarabangsa Macau yang terletak bersebelahan dengan terminal feri


Gambar atas : Lalu di hadapan sebuah universiti semasa dalam perjalanan untuk ke hotel (Macau University Of Science And Technology)

Gambar bawah : "City Of Dreams" yang terletak di Cotai Strip merangkumi empat buah hotel besar dan pusat hiburan iaitu Hard Rock Hotel, Crown Towers dan Grand Hyatt Macau (dua buah menara)

Cerita dan gambar - gambar lain mengenai Macau akan menyusul selepas ini.

No comments:

Post a Comment