Friday 28 June 2013

Courtyard Marriott Hong Kong

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Inilah hotel yang menjadi tempat menginap saya dan suami sepanjang berada di Hong Kong hampir dua minggu.

Courtyard Marriott Hong Kong

Di lobi hotel

Gambar atas : Bas (hotel shuttle) milik Courtyard Marriott

Gambar tengah : Jadual perjalanan hotel shuttle

Gambar bawah : Pemandangan lobi hotel pada waktu malam

Oleh kerana suami saya memegang kad keahlian Platinum Marriott Hotel, pihak pengurusan telah menaik taraf (upgrade) bilik kami ke tingkat paling atas iaitu di tingkat 32 (Executive Floor).
Bilik - bilik di Executive Floor termasuk Suites menawarkan bilik yang mempunyai pemandangan Victoria Harbour dan memberi akses untuk masuk ke Executive Lounge.

Gambar atas : Tingkap yang luas di atas kepala katil

Gambar dua dari atas : Tingkap di bahagian sisi katil

Gambar tiga dari atas : Buah - buahan yang diberikan percuma

Gambar bawah : Set cawan dan gelas dan peti ais yang di simpan di dalam kabinet



Gambar kanan paling atas, tengah dan bawah : Bilik air yang dindingnya cermin dari atas hingga ke lantai yang jelas boleh lihat terus ke bahagian bilik tidur. Tirai tetap disediakan untuk privasi ketika mandi.

Di dalam bilik air

Kabel untuk internet yang diberi pinjam untuk tetamu hotel

Gambar atas : Pemandangan yang dapat dilihat dari cermin tingkap yang terletak di atas kepala katil

Gambar dua dari atas : Tirai tingkap yang dibuka separuh sahaja dengan menggunakan suis kawalan elektrik

Gambar tiga dari atas : Tirai tingkap yang telah dibuka sepenuhnya

Gambar paling bawah : Pemandangan daerah Kowloon Barat

Hotel Courtyard Marriott yang dikelilingi oleh pangsapuri dan bangunan komersial

Gambar sebelah kiri tengah dan sebelah kanan atas : Pasar Borong (Western Wholesale Food Market)

Gambar atas : Bilik kami terletak di bahagian paling hujung

Gambar tengah : Turun untuk ke tingkat iaitu Business Lounge

Gambar bawah : Jelas kelihatan jalan raya dari tingkat 32

FITNESS CENTRE
Pusat kecergasan (fitness centre) dibuka untuk tetamu hotel 24jam sehari. Ia terletak di tingkat 6 bersebelahan dengan Executive Lounge.

Gambar atas dan tengah : Fitness Centre yang luas dan bersih

Gambar bawah : Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre


Pemandangan luar yang dapat dilihat dari fitness centre. Anda dapat lihat timbunan perancah buluh yang masih digunakan dalam sektor pembinaan bangunan di Hong Kong.


EXECUTIVE LOUNGE
Executive Lounge yang terletak di tingkat 6 dikhaskan untuk memberi perkhidmatan bermutu dan menawarkan pelbagai kemudahan demi untuk memenuhi keperluan tetamu yang menginap di tingkat Executive Floor (tingkat paling atas).

Pintu masuk ke Executive Lounge

Perkhidmatan internet, faksimili, mesin pencetak ada disediakan di sini

Hidangan seperti makanan dan minuman ringan disediakan percuma untuk khas untuk tetamu yang bermalam di tingkat Executive Floor

Sarapan pagi turut dihidangkan. Saya pula pada ketika itu sekadar mengambil minuman panas.

Gambar atas : Melihat pemandangan luar di minit - minit terakhir sebelum daftar keluar dari hotel

Gambar tengah : Di hadapan pintu bilik sebelum turun ke lobi

Gambar bawah : Bangunan paling kiri yang bercermin biru ialah  Hotel Courtyard Marriott

COURTYARD MARRIOTT HONG KONG
167 Connaught Rd W, 

Hong Kong
+852 3717 8888

2 comments:

  1. Cantiknya pemandangan dari bilik. You definitely got a room with a view.

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC: Pemandangan cantik tetapi gambar kurang memuaskan kerana faktor cuaca :(

    ReplyDelete