Sunday 23 December 2012

Hentian Rehat di Route 66 (Missouri)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas meninggalkan Halltown, kami berhenti di sebuah bandar untuk makan malam dan seterusnya menyambung perjalanan selama tiga jam setengah untuk sampai St. Louis.
Dalam perjalanan itu,kami singgah berhenti rehat seketika di sebuah hentian rehat di dalam lebuhraya.Sekali lagi, sejarah Route 66 difokuskan di luar dan dalam bangunan hentian rehat dan pusat khidmat pelancongan ini.
"Get Your Kicks On" sentiasa dikaitkan dengan Route 66
Tempat rehat ini ialah tempat awam.Selain tandas,terdapat juga bermacam-macam mesin jualan minuman dan snek ringan.Televisyen disertakan unutk rujukan berita dan cuaca semasa dan dua buah ketuhar gelombang turut disediakan untuk mereka yang ingin memanaskan makanan. Saya agak terkejut kerana ketuhar gelombang yang diletakkan tidak di curi.Jika kerap berlaku kecurian pasti pihak pengurusan sudah tidak meletakkan ianya di situ lagi. Cuba anda bayangkan jika konsep sebegini diadakan di tempat rehat di Malaysia? Berlaku kecurian atau tidak?Tepuk dada tanya selera....
Lantai yang dilukis peta Route 66 bermula dari negeri Illinois,Missouri,Oklahoma,Texas,New Mexico...
New Mexico,Arizona dan berakhir di California
Gambar atas : Jam Route 66

Gambar bawah : Di luar bangunan tempat rehat


No comments:

Post a Comment