Thursday, 6 December 2012

Amarillo, TEXAS (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Memulakan perjalanan seawal lebih kurang 3.00pagi dari Farmington, menuju ke Albuquerque, New Mexico (3jam masa pemanduan) seterusnya ke Moriarty (45 minit pemanduan).Kami berhenti di Moriarty untuk sarapan pagi dan kemudiannya menyambung perjalanan.
Gambar atas : Moriarty, New Mexico pekan kecil di mana kami berhenti rehat seketika untuk bersarapan

Gambar bawah : Perjalanan di teruskan untuk menghala ke negeri Texas
Gambar atas : Pintu gerbang tanda kami baru sahaja meninggalkan negeri New Mexico

Gambar bawah : Sudah tiba dan memasuki negeri Texas
Dari sempadan kedua buah negeri tadi (New Mexico dan Texas),kami meneruskan pemanduan selama 1jam 5minit sebelum tiba Cadillac Ranch,sebelah barat Amarillo, Texas.
Cadillac Ranch ialah tempat di mana orang awam boleh menconteng kereta dengan bebas dan tidak salah di sisi undang-undang.Dalam erti kata lain di sini tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin menunjukkan bakat dalam seni grafiti.

Sepuluh buah kereta Cadillac dipacakkan sebegini rupa dan memberi peluang kepada mereka yang berminat melakarkan grafiti di sini
Caddilac Ranch - Sebuah tempat kesenian yang unik
Gambar atas : Dari arah dekat

Gambar bawah : Seorang pemuda sedang menyembur pewarna di salah sebuah kereta yang terdapat di situ
Makumat tambahan, untuk masuk ke kawasan ini tiada sebarang bayaran dikenakan.
Gambar atas : Tanda selamat datang ke Amarillo

Gambar tengah : Menghala ke pusat bandaraya

Gambar bawah : Memasuki pusat bandaraya
Pusat khidmat pelancongan di dalam bandaraya Amarillo
Gambar atas : Wanita ini sedang memberi sedikit maklumat tentang Amarillo

Gambar tengah dan bawah : Terdapat pelbagai cenderahati yang dijual di sini
Negeri Texas begitu sinonim sekali dengan koboi begitu juga kasut but yang sudah menjadi lambang kebanggaan rakyat tempatan.Oleh kerana itulah, replika kasut but banyak di jual di Texas
Gambar atas : Buku pelawat yang sempat saya tandatangani (nama kami paling bawah)

Gambar bawah : Peta yang saya ambil di sini, pelekat "Don't Mess With Texas" yang saya beli dan juga 8biji pin tali leher yang diberi percuma oleh wanita yang bekerja di sini.Beliau sungguh baik hati dan sangat peramah
Gambar atas : Di hadapan dewan sivik

Gambar bawah : Bendera negara, negeri dan daerah

Akan bersambung....

2 comments:

  1. Cadillac Ranch, a chance to spray paint kereta Cadillac but takde spray can plak hehehe.

    Owww Moriarty, persimpangan nak pergi Roswell. Banyakkkk "roadtrain" lepak overnight too.

    Drive friendly - TX way? Hehehe you can recognise a TX driver mileeessss away hehehe

    ReplyDelete
  2. Arghhhh TX driver drive mcm tak pakai otak! :(

    ReplyDelete