Friday 21 December 2012

Sejarah Route 66 Di MISSOURI (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Missouri ialah salah satu lagi negeri yang merangkumi laluan Route 66.

Negeri Missouri
Sebuah hentian rehat dan pusat perkidmatan pelancongan di dalam lebuh raya di Missouri yang memaparkan
ciri - ciri Route 66. Gambar latar belakang di dalam gambar di atas diperbuat daripada besi plat kereta yang dicantum dan dihias menjadi sebuah poster besar.
Gambar latar belakang di dalam gambar di atas diperbuat daripada besi plat kereta yang dicantum dan dihias menjadi sebuah poster besar

Gambar atas : OK nama singkatan bagi Oklahoma

Gambar tengah : Mula memasuki sebuah pekan dan perkampungan kecil di Route 66. Anda boleh lihat papan tanda "HISTORIC ROUTE 66" di dalam gambar di atas.

Gambar bawah : Tiba di sebuah perkampungan kecil yang bernama Halltown

KEISTIMEWAAN HALLTOWN DAN ROUTE 66  
Route 66 atau US 66 suatu ketika dahulu lebih dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ibu Kepada Jalanraya (Mother Road) atau Jalan Utama di Amerika (Main Street Of America).Route 66 ditubuhkan pada tahun 1926 dan menjadi salah satu jalanraya/lebuhraya di Amerika Syarikat yang menghubungkan lapan buah negeri yang bermula dari Chicago Illinois dan berakhir di Los Angeles California meliputi 2448 batu bersamaan 3940 kilometer.
Antara negeri lain yang termasuk di dalam Route 66 ialah, Arizona, New Mexico, Texas, Oklahama, Kansas, dan Missouri.

Populasi penduduk di perkampungan Halltown yang dikira sehingga tahun 2010 ialah seramai  173 orang sahaja (jumlah menurun dalam tempoh 10 tahun lepas).
Mengapa kami teruja ingin datang ke sini sedangkan kampung kecil ini sudah ibarat seperti padang jarak padang tekukur atau kampung berhantu?
Tentunya kerana Halltown termasuk di dalam Route 66 dan satu masa dulu jalanraya utama ini sangat sibuk serta apa sahaja perniagaan yang dibuka di sini berjalan dengan maju dan berjaya.

Pada tahun 1930, sebuah kedai petrol Sinclair telah dibina di sini. Perniagaan ini dikembangkan lagi dengan membuka sebuah kafe dan tiga buah kabin dan diberi nama Gay Parita.
Mengambil kesempatan di atas kesibukan jalan raya utama Amerika ini,pemilik telah menambah lagi cabang perniagaan seperti memperbaiki tayar pancit, minuman serta sandwic dan menjalankan perniagaan selama 25tahun. Setelah kedua orang pemilik meninggal dunia dan Route 66 sudah tidak digunakan akibat pembinaan lebuhraya baru I-44 maka Gay Parita juga sudah ditinggalkan begitu sahaja.

Setelah beberapa dekad Gay Parita ditinggalkan tanpa 'bertuan',akhirnya sepasang suami isteri Gary dan Lena Turner telah membeli hartanah ini dan anak mereka bersama-sama 'menghidupkan' kembali era kegemilangan Gay Parita.
Gay Parita yang baru ini tidak menjual petrol, makanan dan sebagainya.Yang ada di sini ialah memori yang telah diimbaukan semula oleh seorang yang bersemangat tinggi dan peminat setia Route 66 iaitu Gary Turner yang saban hari menjadi penunggu setia para pelancong serata dunia. Mereka yang datang ke sini lebih kepada ingin melihat dengan lebih dekat dan merasai bagaimana kehidupan puluhan tahun dahulu semasa era Route 66.

 
Gambar atas : Pelancong dialu-alukan untuk datang, masuk dan bergambar di dalam kawasan ini.

Gambar tengah : Pemandangan dari luar pintu masuk

Gambar tengah : Anda boleh lihat melalui gambar di atas, perniagaan Gay Parita bermula dari tahun 1930 di atasnya ialah papan tanda iklan menjual roti.
Gambar yang dirakamkan di hadapan Gay Parita ini saya anggap begitu berharga sekali. Rasa bangga kerana dapat duduk di atas jalanraya yang suatu masa dahulu ialah jalanraya utama dan paling sibuk di Amerika Syarikat! Kini segalanya hanya tinggal kenangan.

Sebaik sahaja memasuki kawasan Gay Parita, kami disambut mesra oleh pemiliknya iaitu Gary Turner. Beliau mengajak kami masuk ke dalam garaj yang terletak di sebelah kanan dari pintu masuk utama.

Gambar atas : Lori tangki minyak lama

Gambar tengah : Menuju ke garaj yang dibina oleh Gary Turner

Gambar bawah : Terdapat bermacam-macam barang yang digantung di atas bumbung

Elok sahaja kaki melangkah masuk ke dalam garaj, saya terkesima! Apa yang boleh saya ungkapkan pada ketika itu ialah saya seperti berada di zaman dahulu kala. Gary menyimpan dan mengumpul barang - barang lama yang melalui mata saya belum pernah saya lihat sebelum ini apatah lagi barangan tersebut tidak terdapat di Malaysia dan hanya terdapat di negara - negara barat.

Gambar paling bawah kanan : Papan tanda "CABINS" ialah yang asal semasa wujudnya perniagaan menyewa kabin di Gay Parita pada tahun 1930

Peti sejuk menjual minuman, botol - botol kaca minuman ringan yang dimasukkan di dalam peti kayu, serta mesin mengepam minyak semuanya terdapat di sini.

Selepas menjengah seketika di dalam garaj, kami keluar sebentar untuk bergambar di sekitar kawasan.

Gambar atas : Gary Turner - Pemilik Gay Parita yang juga Duta Route 66 serta beliau dicalonkan sebagai Route 66 Man Of The Year pada tahun 2010 di International Route 66 Festival. Lebih menarik, kami betiga masing - masing memakai baju-t "Route 66".

Gambar tengah : Anda pernah menonton filem animasi kartun CARS pada tahun 2006? Filem berkenaan bukan khayalan semata-mata. Isi dan jalan ceritanya ada kena mengena dengan Route 66 dan telah mengambil inspirasi dari Gay Parita terutama sekali kereta polis seperti gambar  di atas.

Gambar bawah : Duduk sebentar di hadapan kedai menjual cenderamata

Kereta polis dalam filem CARS mengadaptasi dari kereta yang sebenar di Gay Parita (lihat persamaan dengan gambar di atas)

Bermacam-macam barangan lama lagi antik yang terdapat di sini

Gambar atas kiri : Pintu masuk ke kedai cenderamata

Gambar atas kanan : Baju-t dijual dengan harga yang berpatutan, berkualiti malah ianya buatan tempatan, dari Amerika Syarikat.

Gambar bawah kiri : Buku dan tas tangan bermotif Route 66 turut dijual dengan harga yang murah

Gambar bawah kanan : Plat kereta lama. Walaupun sudah berkarat, tetapi bagi penggemar barangan antik, nilainya begitu tinggi.

Gambar atas : Gary meletakkan poster mengenai barangan yang di jual di sini adalah buatan Amerika Syarikat

Gambar bawah : Terdapat banyak keratan akhbar dan majalah mengenai Gay Parita dan Gary Turner  dan gambar-gambar para pelancong yang pernah berkunjung di sini. Gambar di atas ialah Gary semasa beliau masih segak dan muda.
Akan bersambung ke Bahagian 2.

2 comments:

  1. My kids terutama my son suka tengok cerita Cars, patut la bila baca entry ni nama2 dan gambar macam familiar. Terutama gambar kereta Sheriff tu. ;) Terima kasih berkongsi pengalaman semasa di sana, sedikit sebanyak dapat juga belajar sejarah asal Route 66 ni.

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC :Sama-sama. Nanti boleh beritahu your son tentang tempat ni :)

    ReplyDelete