Sunday 2 December 2012

Restoran Jepun di Durango COLORADO

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Lebih satu bulan saya pernah tinggal di Farmington, New Mexico dan kerap kali juga pergi ke Durango, Colorado yang hanya memakan masa 45minit sahaja pemanduan di antara dua buah bandar di dua buah negeri yang berjiran ini.
Durango sangat popular kerana terdapat beberapa pergunungan untuk bermain ski semasa musim salji sekaligus menjadikan bandar kecil ini sebagai tempat pelancongan.
Kali ini saya sertakan beberapa gambar ketika saya dan suami ke Durango untuk makan malam di sebuah restoran Jepun iaitu Sushitarian.Kedatangan saya ke restoran ini ialah buat kali kedua dan banyak kali untuk suami sehinggakan chef-chef di restoran itu pun sudah mengenali beliau.
Gambar atas : Durango, Colorado

Gambar bawah : Restoran makanan Jepun, Sushitarian
Hidangan makan malam ialah aneka jenis sushi dan tempura sayur dan udang
Hidangan pencuci mulut ialah "Dancing Monkey" iaitu pisang goreng yang diletakkan dengan krim dan ais krim
Saya meletakkan gambar tandas seperti di bawah kerana ia mengingatkan saya akan tandas di negara matahari terbit tersebut.
Mangkuk tandas dan sistem pancutan air automatik sama seperti tandas yang terdapat di negara Jepun.
Gambar paling bawah : Pengguna tandas boleh memilih 3 arah pancutan air serta terdapat juga pengering di magkuk tandas.Ciri- ciri ini yang menjadikan tandas sentiasa kering dan bersih

2 comments:

  1. I misssssss Durango, CO & Sushitarian :(
    I know I won't see you again ;( lest if I go to Dulce :)

    ReplyDelete
  2. Pilotz : Jom, winter holiday to Farmington.hahaha :)

    ReplyDelete