Selepas ke pusat khidmat pelancongan, kami mengelilingi sekitar pusat bandaraya di Amarillo.
Perpustakaan |
Mahkamah |
Mahkamah |
Di Amarillo, kami melalui jalan raya yang bersejarah iaitu Route 66.Sudah kerap kali saya ulang di dalam Terjemahan Hati maksud Route 66.Kepada mereka yang masih tidak faham atau ketinggalan,saya ulang sekali lagi.
Route 66 atau US 66 suatu ketika dahulu lebih dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ibu Kepada Jalanraya (Mother Road) atau Jalan Utama di Amerika (Main Street Of America).Route 66 ditubuhkan pada tahun 1926 dan menjadi salah satu jalanraya/lebuhraya di Amerika Syarikat yang menghubungkan lapan buah negeri yang bermula dari Chicago Illinois dan berakhir di Los Angeles California meliputi 2448 batu bersamaan 3940 kilometer.
Antara negeri lain yang termasuk di dalam Route 66 ialah, ,Arizona,New Mexico,Texas,Oklahama,Kansas, dan Missouri.
Sumber dari Google |
Pada tanggal 27hb Jun 1985, Route 66 secara rasminya ditutup dan dilucutkan dari United States Highway System dan digantikan dengan Interstate Highway System,di mana lebuhraya baru ini lebih relevan menghubungkan hampir kesemua negeri di dalam Amerika Syarikat.
Walaupun Route 66 sudah tidak relevan untuk digunakan,tetapi "cebisan" nya masih disimpan untuk kenangan.Beberapa batang jalanraya dan persimpangan utama Route 66 masih digunakan sehingga ke hari ini.
Negeri terbabit ( Illinois, Missouri, New Mexico,dan Arizona) meletakkan papan tanda yang diberi nama "Historic Route 66" untuk tarikan pelancong.
Amarillo, unique architecture & sunyi je citynye with all the basic necessities.
ReplyDeleteSape la nak dok pekan koboi ni ye? hehehe
ReplyDeletenampak tenang..boleh bersantai dimana-mana..
ReplyDeleteAnonymous : Cuaca pada hari itu sangat baik :)
ReplyDelete