Saturday 15 December 2012

Oklahoma City, OKLAHOMA ( Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Dari negeri Texas perjalanan bersambung sehingga ke negeri Oklahoma pula.

Sebaik tiba di sempadan negeri Oklahoma, kami berhenti di sebuah kawasan rehat dan pusat khidmat pelancongan di dalam lebuhraya dan bergegas mengambil gambar di sini sebelum matahari terbenam
Singgah di hentian rehat - Anda dapat lihat tandas awam di atas sangat bersih dan terdapat sekeping poster tentang kehilangan seorang kanak-kanak.

OKLAHOMA CITY ( Ibu Negeri OKLAHOMA)

Kami menginap di Embassy Suites Hotel di Oklahoma City
Di hotel ini, sabun dan losyen yang disediakan ialah dari jenama Crabtree and Evelyn
Gambar atas kiri : Snek percuma yang disediakan di dalam bilik hotel

Gambar bawah kiri : Sarapan pagi
Dalam perjalanan ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Oklahoma City, Oklahoma
Gambar atas : Menara besi yang terdapat di belakang batu penanda State Capitol Park itu ialah tempat mengepam minyak dari bawah tanah
Berada di bangunan pentadbiran kerajaan negeri (State Capitol ) di Oklahoma City seawal pagi pada hari Ahad amat menyenangkan kami untuk mengambil gambar kerana tidak ada orang lain di situ


Akan bersambung..

4 comments:

  1. tandas hentian rehat pun macam hotel...mungkin masih awal pagi sbb tu xnampak busy kann...

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Yang penting,tandas awam ini bersih dan sentiasa kering :) Ini bukan awal pagi tetapi sudah nak masuk senja :)

    ReplyDelete