Tuesday 25 December 2012

Menginap Di Hotel Marriott Union Station, St Louis (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

*(Telah ditukar nama kepada Double Tree by Hilton bermula  11hb Oktober 2012)*


Laluan empat penjuru

Gambar atas kiri : Laluan menuju ke bar hotel

Gambar atas kanan : Laluan menuju ke restoran milik hotel

Gambar bawah kiri : Ke pejabat hotel

Gambar bawah kanan : Laluan menuju ke kedai - kedai

Replika keretapi lama dan sejarahnya
Saya berdiri di sebelah penanda maklumat nombor satu iaitu "THE GRANDEST HALL POSSIBLE". Cermin yang mempunyai tiga  patung wanita itu ialah buatan tangan. Di bawah cermin itu ialah pintu masuk utama ke bangunan ini. Tiga wanita di dalam cermin itu bermaksud masing-masing mewakili stesyen keretapi yang paling sibuk di dalam Amerika Syarikat sekitar tahun 1890 iaitu New York, St Louis dan San Francisco.
Gambar atas : Keluar dari lobi, kami menjelajah ke kawasan lain di dalam bangunan Union Station ini. Pintu pagar ini ialah laluan masuk untuk tetamu hotel. Bilik -bilik di sini terletak di dalam bangunan baru dan  tidak termasuk di dalam bangunan lama seperti bilik kami.

Gambar tengah : Union Station yang pada ketika dahulu sangat masyhur sekali

Gambar bawah  : Peta di dalam Union Station
Kedua gambar ini saya ambil dari sumber Google untuk memberi anda gambaran sebenar Union Station pada zaman dahulu. Bagaimana rupa terminal ini pada hari ini? Sila lihat gambar di bawah.
Union Station pada hari ini
Sekitar Union Station. Selain hotel, di sini juga menempatkan banyak premis perniagaan.
Union Station yang sangat besar
Gambar atas : "Grand Hall" ialah pintu masuk ke lobi hotel

Gambar dua dari atas : Satu lagi pintu masuk ke hotel

Gambar tiga dari atas : Pusat kecergasan milik hotel terletak di aras ini. (Bawah dari aras lobi)

Gambar bawah : Beberapa batu penanda penghargaan dan pengiktirafan yang telah diberikan kepada Union Station
Gambar atas : Pintu masuk ke Union Station di sebelah belakang

Gambar tengah dan bawah : Hard Rock Cafe St Louis .Semasa suami saya datang ke sini pada awal tahun, beliau telah mendapat cenderahati percuma semasa makan dan daftar masuk Hard Rock Cafe melalui Facebook. Kunjungan kali ini, sudah tidak aada lagi promosi tersebut.
Gambar atas : Pemandangan dari luar bangunan Union Station dari pintu belakang

Gambar tengah : Selain Hard Rock Cafe, sebuah lagi restoran terdapat berdekatan dengannya

Gambar bawah : Inilah bangunan tambahan Hotel Marriott. Saya tidak menginap di sini sebalik bilik kami di dalam bangunan lama.
Gambar atas : Kolam ikan mencantikkan lagi kawasan sekitar

Gambar tengah : Menghala masuk ke lobi hotel (Grand Hall)
Terdapat enam buah penanda (hanya tiga sahaja saya letakkan di sini)yang terdapat di dalam dan luar bangunan Union Station. Kesemuanya disertakan dengan gambar-gambar lama dan cerita mengenai Union Station.
Gambar atas : Saya tidak jemu mengambil gambar di bahagian bumbung Grand Hall (lobi hotel) ini

Gambar tengah : Tangga ini menghubungkan antara pusat kecergasan dan pintu masuk utama

Gambar bawah : Pintu masuk utama
Bergambar di hadapan bangunan Union Station yang di dalamnya juga merangkumi Marriott Hotel & Resort
Gambar atas : Di hadapan pintu masuk utama Union Station dan juga pintu masuk utama bagi tetamu hotel

Gambar tengah dan bawah : Jalan raya di hadapan Union Station. Di atas lampu merah anda boleh lihat lengkuk berbentuk pelangi. Ingin tahu kisah disebalik lengkuk itu? Sila tunggu selepas ini.
Gambar atas : Pekerja hotel membantu merakamkan gambar kami di hadapan pintu masuk utama

Gambar bawah : Sepanjang tiga hari berada di St Louis,kami menggunakan khidmat "Valet Parking". Hari terakhir selepas daftar keluar, pemandu yang mengembalikan kereta kami telah meletakkan dua botol air mineral berserta sekeping nota terima kasih.

Akhirnya impian saya untuk menginap di hotel yang seni binanya seperti istana (Rome Castle) berusia hampir 120 tahun ini telah menjadi kenyataan. :-)

No comments:

Post a Comment