Thursday 20 December 2012

Galena, KANSAS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Galena yang terletak di dalam negeri Kansas ialah sebuah pekan kecil yang populasi penduduknya seramai 3,085 orang ( dikira sehingga tahun 2010).Tujuan kami datang ke sini ialah untuk melihat dengan lebih dekat dan yang penting sekali untuk menjejakkan kaki di salah satu jalanraya Route 66.

Route 66 atau US 66 suatu ketika dahulu lebih dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ibu Kepada Jalanraya (Mother Road) atau Jalan Utama di Amerika (Main Street Of America).Route 66 ditubuhkan pada tahun 1926 dan menjadi salah satu jalanraya/lebuhraya di Amerika Syarikat yang menghubungkan lapan buah negeri yang bermula dari Chicago Illinois dan berakhir di Los Angeles California meliputi 2448 batu bersamaan 3940 kilometer.
Antara negeri lain yang termasuk di dalam Route 66 ialah, ,Arizona,New Mexico,Texas,Oklahama,Kansas, dan Missouri.

Pada tanggal 27hb Jun 1985, Route 66 secara rasminya ditutup dan dilucutkan dari United States Highway System  dan digantikan dengan Interstate Highway System,di mana lebuhraya baru ini lebih relevan menghubungkan hampir kesemua negeri di dalam Amerika Syarikat.
Walaupun Route 66 sudah tidak relevan untuk digunakan,tetapi "cebisan" nya masih disimpan untuk kenangan.Beberapa batang jalanraya dan persimpangan utama Route 66 masih digunakan sehingga ke hari ini.
Negeri terbabit ( Illinois, Missouri, New Mexico,dan Arizona) meletakkan papan tanda yang diberi nama "Historic Route 66" untuk tarikan pelancong.
Gambar atas : Negeri Kansas

Gambar bawah : Galena ,bandar perlombongan tertua di selatan timur negeri Kansas
Pekan kecil Galena

Gambar tengah : Penjara Lama
Jalan menghala terus ialah bernombor 66 iaitu Route 66 

No comments:

Post a Comment