Saturday 22 December 2012

Sejarah Route 66 Di MISSOURI (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

(Sambungan dari bahagian 1)

Gambar atas : Mug juga turut di jual

Gambar tengah : Sekumpulan pelancong dari Norway yang pernah datang ke Gay Parita

Gambar bawah : Pelekat bermagnet Route 66
Keratan akhbar dan majalah mengenai Gay Parita dan Gary Turner
Kereta lama dan alat pengepam minyak
Masuk semula kali ke dua ke dalam garaj, Gary dan suami saya berbual - bual bercerita pelbagai topik termasuklah mengenai Australia. Manakala saya pula tidak henti-henti merakamkan gambar sebanyak yang boleh.
Poster filem CARS pun ada di dalam garaj ini.
Gary dengan ikhlas hati telah memberi air minuman kepada kami berdua secara percuma. Saya tidak pasti berapa harga sebotol air ini. Samada ianya dijual ataupun diberi percuma kepada kami sahaja ataupun diberikan percuma untuk setiap pengunjung yang datang ke sini? Apa sekalipun, Gary seorang yang pemurah.

Gary telah mengarahkan kami untuk memegang air botol, memasuki ke dalam kereta antik serta bergambar di sebelah patung. Kami hanya menurut sahaja apa yang diarahkan.

Gambar atas : Lori tangki minyak

Gambar tengah : Anda boleh nampak sepasang kaki di bawah kereta seolah - olah seseorang sedang memperbaiki kereta berkenaan

Gambar bawah : Rumah di mana Gary dan isterinya tinggal. Walaupun tersorok dan terpencil di bahagian belakang tetapi nampak mendamaikan.

Gambar atas : Ini adalah gaya yang telah diarahkan oleh Gary

Gambar tengah : Gary menandatangani poster yang akan diberikan kepada kami

Gambar tengah : Kami berbesar hati kerana menerima sekeping poster secara percuma yang telah ditandatangani oleh Gary
Gambar atas : Untungnya membawa kaki kamera (tripod) kerana dapat bergambar bersama Gary sambil memegang bendera Route 66 miliknya

Gambar bawah : Telefon antik


Gambar atas kiri : Pelancong yang datang telah memberikan kepada Gary pelbagai pelekat dari negeri/negara masing-masing termasuklah pelekat bendera negara Australia
Nostalgia Gay Parita di Halltown Route 66
Gary berkali - kali menyuruh kami menunggu seketika sehingga matahari terbenam kerana beliau akan memasang lampu dan dapatlah kami melihat Gay Parita pada waktu malam pula. Pada mulanya kami berbelah bahagi kerana perjalanan harus yang panjang harus diteruskan.
Tidak sampai hati apatah lagi kami dilayan baik oleh beliau, maka kami pun membuat keputusan untuk tunggu sehingga matahari terbenam.

Gambar atas kiri : Saat matahri akan melabuhkan tirainya untuk hari itu

Gambar kiri bawah : Gary sudah memasang lampu  berwarna biru, beliau turut kelihatan di dalam gambar (berdiri di pintu pagar).

Gambar kanan : Tandas awam bergerak turut terdapat di sini
Walaupun langit belum gelap sepenuhnya, saya tetap mengambil banyak gambar pemandangan Gay Parita sementelah Gary sudah memasangkan lampu untuk kami.
 Gary telah menawarkan diri untuk merakamkan gambar kami dan sekali lagi beliau mengarahkan kami di mana patut kami berdiri
Gambar - gambar terakhir yang dirakamkan sebelum meninggalkan Gay Parita. Apabila sudah masuk waktu senja, saya seolah - olah dapat merasai pengalaman bagaimana Gay Parita yang sedang 'bersendirian' dan 'kesunyian' akibat berakhirnya zaman kegemilangan Route 66.

Setiap kali melihat tiga gambar terakhir (seperti di atas) membuatkan hati saya sebak. Barangkali kerana meninggalkan Gay Parita yang entah bila lagi boleh dapat datang ke sini. Mengingatkan Gary juga membuatkan hati merasa sedih. Nama Gary Turner sudah tercatat di dalam sejarah dunia. Seorang yang telah berusaha mengekalkan sejarah Route 66 di Missouri, mendapat pelbagai penghormatan dan anugerah dari kerajaan, berhati mulia,mengeluarkan wang yang banyak dan melakukan semuanya dengan ikhlas dek kerana minat yang mendalam.
Doa saya hanya satu, semoga Gary dan isterinya dipanjangkan umur dan dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Saya percaya pengunjung tempatan dan antarabangsa masih ramai yang ingin berjumpa dengan beliau di Gay Parita.

No comments:

Post a Comment