Monday 24 December 2012

Menginap Di Hotel Marriott Union Station, St Louis (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejatera

Dalam banyak road trip yang saya dan suami lakukan di dalam Amerika Syarikat, perjalanan kali ini adalah yang kedua terpanjang di dalam satu hari dengan menempuh tiga buah negeri iaitu Oklahoma, Kansas dan Missouri.Kami selamat tiba di St Louis, Missouri lebih kurang jam 2.00 pagi.
Ini ialah kunjungan pertama saya St Louis dan kedua buat suami. Apabila saya melihat gambar ketika beliau pertama kali datang ke sini, saya tertarik hati dengan sebuah hotel yang saya gelarkan seperti sebuah istana lama (Rome Castle). Nasib baik menyebelahi saya kerana suami telah menempah hotel yang saya idam-idamkan untuk menginap iaitu Marriott Hotel & Resort Union Station St Louis.
Union Station ini pada asalnya ialah stesen keretapi yang dibuka pada tahun 1894 dan pernah menjadi stesen keretapi terbesar dan paling sibuk di dunia!
Pada awal 1980an barulah stesyen ini bertukar wajah dengan menempatkan hotel,premis perniagaan seperti pusat membeli belah dan pusat hiburan.
*(Telah ditukar nama kepada Double Tree by Hilton bermula  11hb Oktober 2012)* 


Union Station St Louis yang di dalamnya merangkumi Marriott Hotel & Resort (Gambar diambil dari sumber Google)
Gambar atas : Luar bangunan

Gambar atas : Pemandangan lobi hotel
Sesungguhnya saya sangat kagum melihat kecantikan bangunan lama ditambah pula dengan kecantikan lampu yang berwarna warni.

Gambar atas : Grand Hall

Gambar bawah : Gambar John Willard "Bill" Marriott, Jr. ,Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif  bagi Marriott International

Selepas urusan daftar masuk dan mendapat kunci,walaupun keletihan tetapi saya sempat mengambil gambar sekitar bilik tidur.

Gambar atas : Coklat percuma diletakkan di atas katil

Gambar bawah kanan : Syampu, sabun, losyen yang disediakan ialah dari jenama terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Bath & Body Works
Keesokan hari
Gambar atas : Di hadapan pintu bilik . Tidak ada loceng sebaliknya dilekatkan besi untuk mengetuk

Gambar tengah : Bilik kami terletak antara yang paling hujung bangunan

Gambar bawah : Komputer diletakkan di ruang legar berhadapan bilik untuk kemudahan tetamu hotel
Gambar atas dan gambar bawah : Di ruang legar dan rehat berhampiran bilik
Gambar atas : Ucapan "Have A Great Day" di letakkan tidak jauh dari pintu bilik kami

Gamabr bawah : Pada sebelah malam,pekerja hotel akan terbalikkan bingkai yang bertulis "Quiet Please It's a Sleepy Time"

Gambar bawah : Oleh kerana bilik kami terletak antara yang di hujung, maka kami perlu berjalan di laluan ini untuk menggunakan lif untuk turun ke tingkat bawah
Gambar atas : Bumbung yang cantik lagi indah yang dapat dilihat dari aras 2 (aras bilik kami)

Gambar tengah : Aras 2. Di belakang saya ialah pintu menghala ke bilik kami

Gambar bawah : Ruang legar utama (lobi hotel) yang saya rakamkan dari Aras 2

Gambar atas kiri : Lobi hotel di sebelah kiri

Gambar atas kanan : Lobi hotel di sebelah kanan

Gambar bawah kiri : Patung di aras 2

Gambar bawah kanan : Kami berdiri di Aras 2 berlatar belakangkan lobi hotel
Gambar atas : Sengaja mahu turun dengan menggunakan tangga

Gambar bawah kiri : Tangga yang berpusing-pusing

Gambar bawah kanan : Kad bilik hotel diperlukan sekiranya mahu menaiki tangga menuju ke bilik masing-masing
Kesemua gambar di atas : Aras 1 (bilik-bilik) sebelum kami turun ke aras bawah (lobi)
Gambar atas dan tengah : Pemandangan sekitar lobi

Gambar bawah : Bangunan hotel ini dahulunya ialah bangunan stesen keretapi (Union Station).Jika anda perhatikan dengan teliti, gambar hitam putih ini menampakkan orang ramai yang berada di dalam bangunan (sekarang ialah lobi hotel). Lihat sahaja bumbungnya, sama dengan apa yang saya rakamkan seperti gambar-gambar di atas.
Kesemua gambar di atas : Masih berada di aras bawah (lobi) dan terdapat meja yang menyediakan minuman secara percuma untuk tetamu hotel
Kesemua gambar di atas : Tempat ini di namakan Grand Hall (tengah-tengah lobi)
Peti surat dan telefon antik di hadapan kaunter reception hotel masih boleh digunakan

Masih banyak gambar yang saya rakamkan di dalam dan di luar hotel antik ini.Nantikan Bahagian 2.

No comments:

Post a Comment