Tuesday 16 April 2013

Esplanade - Theatres On The Bays, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bangunan Esplanade – Theatres on the Bay terletak berdekatan muara Sungai Singapura yang di dalamnya mempunyai dewan konsert serta teater bertaraf dunia manakala tingkat tiga pula terdapat perpustakaan awam.

Boleh dikatakan Esplanade – Theatres on the Bay seakan-akan Istana Budaya di Kuala Lumpur.Seingat saya Anuar Zain,Siti Nurhaliza,Misha Omar,Jaclyn Victori dan Adibah Noor pernah mengadakan konsert di sini.Tak lupa juga teater terkemuka Puteri Gunung Ledang yang telah mengambil pentas di Esplanade – Theatres on the Bay pada tahun 2006.

Sudah beberapa kali saya datang ke sini termasuklah pada malam tahun baru 2005.Ketika itu keadaan amat sesak dan begitu ramai orang yang datang sejak dari siang hari.Mereka berkumpul semata-mata ingin melihat percikan bunga api pada detik jam 12 tengah malam.Oleh kerana rimas dengan kesesakan tersebut,saya pulang awal dan hanya menyambut tahun baru di hotel.


Gambar atas : Menaiki MRT

Gambar tengah : Keluar stesen "City Hall" menuju ke Esplanade – Theatres on the Bay
Gambar bawah : Dalam perjalanan menuju ke Esplanade, semua laluan melalui bawah tanah

Reka bentuk bumbung bangunan  ini mengingatkan saya akan buah durian.Sejak pertama kali saya datang ke sini sehinggalah yang terbaru (2013) , saya tetap menggelarkan Esplanade – Theatres on the Bay ini sebagai "durian".
Gambar atas : Di luar pintu masuk utama

Gambar tengah : Di hadapan pintu masuk utama

Gambar bawah : Pelbagai risalah mengenai konsert atau persembahan yang bakal berlansung di sini

Gambar atas : Menghala ke dewan teater

Gambar tengah : Menghala ke dewan konsert

Gambar bawah : Salah satu papan tanda unik mengenai Mosaic Music Festival


Gambar atas : Risalah mengenai lawatan di Esplanade - Theatres on the Bay

Gambar tengah : Konsert Ekpress Rakyat dari Kumpulan Kembara yang salah seorang anggotanya ialah M.Nasir

Gambar bawah : Satu lagi iklan Mosaic Music Festival
Gambar atas : Esplanade - Theatres on the Bay dari pandangan tepi

Gambar tengah dan bawah : Berjalan kaki menuju ke Merlion Park
Dalam perjalanan dari Esplanade - Theatres on the Bay menuju ke Merlion Park. Pemandangan sebelah kiri dapat dilihat ;

Gambar atas : Hotel terkemuka Marina Bay Sands dan anda dapat lihat di dalam gambar ini sebuah pesawat Hercules C130 milik RSAF- Republic Of Singapore Air Force
Gambar tengah : Bot untuk pelancong

Gambar bawah : Singapore Flyer yang belakangnya pesawat Hercules C130

RSAF- Republic Of Singapore Air Force


Selepas ini, Merlion Park.

No comments:

Post a Comment