Thursday 18 April 2013

Orchard Road, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Orchard Road yang panjangnya 2.2kilometer ialah hab hiburan dan membeli belah sekaligus menjadi tarikan pelancong yang utama untuk datang ke Singapura.
Melalui pandangan peribadi,samada membeli belah atau sekadar 'mencuci mata' tentunya Orchard Road menjadi pilihan saya.

Papan tanda di persimpangan Orchard Road dan Paterson Road
Bangunan ini (Tangs Plaza dan Hotel Marriott) adalah ikon bagi Orchard Road
Orchard Road satu ketika dahulu.* Gambar sumber dari Google*
Satu lagi mercu tanda Orchad Road ialah bangunan Shaw House
Di hadapan Isetan Wisma Atria
Penjualan ais krim terutamanya ais krim roti begitu terkenal di Orchard Road 
Sebentuk arca di Orchard Road
Kepada yang ingin datang melancong ke Singapura,saya mencadangkan anda memilih hujung tahun terutamanya ketika hampir sambutan Hari Natal dan Tahun Baru.Ini kerana pada waktu sebegitu anda dapat melihat betapa meriahnya suasana dari segi hiasan dalaman di dalam setiap pusat membeli belah mahupun di sepanjang Orchard Road.Di tambah pula dengan limpahan cahaya dan kerlipan lampu berwarna warni pada waktu malam.Pendek kata sambutan perayaan hujung tahun di Orchard Road mengalahkan 'negara orang putih'.

No comments:

Post a Comment