Tuesday 30 April 2013

Jalan Jalan Cari Makan di SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Di Singapura tidak susah untuk mencari restoran masakan cina yang halal.Salah satunya ialah Selera Restaurant yang terletak di Little India. Pesanlah apa jua makanan yang ditawarkan, saya pasti ianya tidak akan menghampakan anda.

 Selera Restaurant
15 Mackenzie Rd, Singapore 228677
 
+65 6338 5687
(Di hadapan panggung Rex)




Menu makan malam saya dan keluarga ialah seperti anak sotong (baby squid) goreng berkicap, ayam goreng, sayur campur dan isi ikan (fish fillet) masak kuah masam manis

Anak sotong (baby squid) goreng berkicap menjadi kegemaran saya dan antara menu yang pasti saya pesan setiap kali menjamu selera di mana-mana restoran di Singapura.


Tang Tea House Hong Kong Cafe
359 Bedok Road,Singapore 469547
+65 6445 9100

www.facebook.com/TangTeaHouseSG

Tang Tea House Hong Kong Cafe merupakan restoran kegemaran saya dan boleh dikatakan restoran wajib untuk menjamu selera setiap kali saya pulang bercuti ke Singapura. Baik dari pelbagai pilihan dim sum sehinggalah ke lauk pauk, semuanya sedap dan sungguh menyelerakan.

Tang Tea House dibuka setiap hari bermula dari 11.00 pagi hingga ke 4.00 pagi
Gambar atas : Ais limau dan air kelapa

Gambar tengah : Ayam panggang

Gambar bawah : Daging masak lada hitam
Pelbagai aneka dan pilihan dim sum

Hidangan dim sum dan lauk pauk
Makan malam kami di Tang Tea House Hong Kong Cafe bersama sahabat Eda dan Zaza
Terima kasih kepada Eda dan Zaza yang menemani makan malam kami di Tang Tea House Hong Kong Cafe


Swensen's
www.swensens.com.sg

Swensen's merupakan satu rangkaian global restoran ais krim yang bermula di San Francisco, California. Perniagaan ini bermula dengan sebuah kedai kecil di tepi persimpangan antara Union dan Hyde Street di San Francisco dan hanya menjual ais krim. Selepas daripada itu apabila rangkaiannya semakin berkembang, barulah menunya bertambah.
Selain di Amerika Syarikat dan Singapura, Swensen's turut menjalankan perniagaannya di Amerika Selatan, Timur Tengah, India, Taiwan, Malaysia dan beberapa buah negara lain di rantau Asia.

Gambar tengah menunjukkan Earle Swensen. Beliaulah yang membuka kedai ais krim Swensen's pertama pada tahun 1948 di San Francisco.

Makan malam di Swensen's

Ketika saya menjamu selera di Swensen's Singapura, saya tidak dapat mencuba sebarang ais krim kerana terlalu kenyang. Namun saya tidak berasa ralat kerana saya sudah menjejakkan kaki di kedai ais krim pertama Swensen's iaitu di San Francisco, Amerika Syarikat.

Untuk lihat gambar ketika saya menikmati ais krim Swensen's di San Francisco, sila ke entry pada tahun 2012 bulan Ogos dengan tajuknya "San Francisco, CALIFORNIA (Bahagian 3)" dan tajuk kecil di bawahnya ialah "Kedai / Cawangan Swensen's Pertama Di Dunia".
http://www.sharery.blogspot.com.au/2012/08/san-francisco-california-bahagian-3.html

Satu lagi entry ialah pada tahun 2012 bulan November dengan tajuknya "Sepetang Di San Francisco".
http://www.sharery.blogspot.com.au/2012/11/sepetang-di-san-francisco.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

2 comments:

  1. salam nak tanya..dulu kalau tak silap saya pernah baca dari blog ni pasal lokasi kedai makan yang dalam filem bujang lapok,..post tu da delete ke ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Famie. Maaf lewat reply. Nanti saya check semula ye, saya pun tak perasan pulak.

      Delete