Friday 26 April 2013

Boat Quay, SINGAPURA (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kali ini saya berkongsi bersama para pembaca gambar - gambar yang saya rakamkan ketika saya berkunjung ke Boat Quay di mana ianya adalah jeti atau pengkalan bersejarah di Singapura yang terletak di muara Sungai Singapura.
Boat Quay juga merupakan pelabuhan lama Singapura yang begitu sibuk pada waktu itu dengan mengendalikan tiga suku daripada semua perniagaan perkapalan pada tahun 1860-an.



Gambar atas : Berjalan kaki dari stesen MRT City Hall untuk menuju ke Boat Quay

Gambar bawah : Projek pemulihan bekas bangunan mahkamah yang bakal menjadi Galeri Seni Negara di
St Andrew's Road

Gambar atas : Padang besar ini yang nama rasminya 'Padang' dahulunya lebih dikenali dengan nama Padang Cricket Ground

Gambar tengah :
Esplanade – Theatres on the Bay, Marina Bay Sands dan Singapore Flyer dapat dilihat dari kedudukan saya berdiri iaitu di tepi padang di St Andrews's Road

Gambar bawah : Singapore Cricket Club (bangunan yang bumbungnya berwarna coklat)

Bangunan parlimen lama (Old Parliament House) yang sudah berusia hampir 200 tahun.
Pada tahun 1999, 
Old Parliament House telah berpindah ke bangunan parlimen baru justeru projek pengubahsuaian pun bermula selepas itu dan selesai  pada tahun 2004. Bangunan ini sudah dikenali sebagai Arts House at the Old Parliament.

Gambar atas dan tengah : Di hadapan Old Parliament House terdapat sebuah tugu gajah yang diberikan oleh Raja Chulalongkorn Thailand (Rama V) sempena meraikan lawatan baginda pada tahun 1871 ke Singapura yang juga merupakan lawatan pertama Raja Siam ke negara asing. Cerita mengenai kedatangannya ke Singapura telah disampaikan dalam empat bahasa.

Gambar bawah : Restoran Viet Lang

Tugu dan patung Sir Thomas Stamford Raffles. Seorang pemuda British yang dikenali kerana mengasas Singapura. 
Di setiap penjuru tugu (di bawah patung Sir Thomas Stamford Raffles), terpahat cerita dalam empat bahasa megenai belia. Saya berikan petikan dalam bahasa Melayu,

"DI-TEMPAT YANG BERSEJARAH INI SIR THOMAS STAMFORD RAFFLES MULA2 MENDARAT DI-SINGAPURA PADA 28HB JANUARI 1819 DAN DENGAN PENELITIAN DAN BIJAKSANA TELAH MENGUBAH NASIB SINGAPURA DARI SA-BUAH KAMPONG NELAYAN YANG TIDAK TERKENAL MENJADI SA-BUAH PELABOHAN YANG TERKEMUKA DAN BANDAR YANG MODEN"


Boat Quay pada hari ini dikelilingi dengan bangunan - bangunan tinggi. Lokasi di sini juga telah menjadi tarikan untuk pasangan pengantin mengabadikan gambar perkahwinan mereka

Boat Quay

Gambar atas : Pemandangan sekitar pada petang hari

Gambar bawah : Bangunan yang terselindung di balik rimbunan pokok itu ialah bangunan baru Parlimen Singapura

Cerita - cerita sejarah lain turut diberitahu dalam bentuk arca dan dapat dilihat di sepanjang
Boat Quay.
Gambar atas : Ia menunjukkan aktiviti perdagangan yang berlaku di sepanjang Boat Quay di kalangan kuli Cina dan India dengan pedagang Eropah

Gambar bawah : Menggambarkan ceti India yang memberikan perkhidmatan pinjaman wang dan berdiri di sebelahnya ialah kerani lelaki berbangsa Cina yang berambut panjang. Patung wanita ini pula menunjukkan ahli perbankan zaman moden.
Secara kesimpulannya, ia menunjukkan transformasi sektor kewangan Singapura dari pinjaman wang tradisional pada zaman dahulu sehinggalah ke perkhidmatan perbankan yang canggih yang disediakan oleh institusi kewangan hari ini.

Boat Quay akan bersambung ke Bahagian 2.

No comments:

Post a Comment