Friday, 19 April 2013

ION Orchard, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Ion Orchard ialah salah sebuah pusat membeli belah yang terletak di tengah-tengah Orchard Road.
Bagi pendapat saya, Ion Orchard bertaraf lima bintang kerana di dalamnya terdapat butik-butik mewah dari jenama antarabangsa seperti Prada, Louis Vuitton, Miu Miu, Dior, Burberry, Furla dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga restoran dan kafe.
Salah satu pintu masuk utama

Ion Orchard dari pandangan hadapan
Pemandangan di dalam Ion Orchard
Singapore Airlines Service Centre turut terdapat di Ion Orchard.Pelanggan boleh membuat urusan dengan kakitangan ataupun boleh ke kiosk layan diri.
Urusan jualan tiket dan daftar masuk (check in) boleh dilakukan di kiosk layan diri
Pemandangan dari tingkat atas

Ion Orchard dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda menaiki keretapi (MRT), sila turun di stesen Orchard.

ION ORCHARD
391B Orchard Rd, Singapore 238874

+65 62388228 
www.ionorchard.com

2 comments:

  1. Ion Orchard ni as big as Midvalley di KL ke?

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC : Mid Valley teramat besar. Rasa2nya Ion Orchard ni sama size Star Hill Gallery Bukit Bintang

    ReplyDelete