Saturday 13 April 2013

Geylang ,SINGAPURA (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

*Sambungan dari Bahagian 1*

Joo Chiat Complex yang terletak di Joo Chiat Road (berhadapan dengan Pasar Geylang Serai) sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana terdapat banyak pilihan dalam jualan khususnya tekstil, kraftangan , barang kemas,pakaian tradisional, jubah,telekung dan tudung. Joo Chiat Complex sangat sibuk dengan aktiviti terutamanya semasa Hari Raya.
Pemandangan dalam bangunan Joo Chiat Complex
Gambar atas : Kedai emas Ming Seng cukup terkenal di kalangan kaum Melayu tempatan kerana iklan kedai emas tersebut sering berkumandang di radio

Gambar tengah dan bawah : Di sini juga pengunjung boleh mendapatkan buku-buku agama serta ubat-ubatan tradisional dengan harga yang berpatutan
Tidak jauh dari Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex, terdapat sebuah lagi pusat membeli belah yang seakan-akan sama dari segi barang jualannya iaitu Tanjong Katong Complex
Restoran Indonesia Es Teler 77 yang sangat terkenal dan terdapat beberapa cawangannya di Australia terletak di Tanjong Katong Road

Haig Road Market & Food Centre terletak berdekatan dengan Pasar Geylang Serai, Joo Chiat Complex dan Tanjong Katong Complex ialah pusat makanan dalam satu bumbung.Saya pernah menikmati hidangan di sini beberapa tahun lalu.Apa yang boleh saya katakan, pilihan makanan yang banyak membuatkan saya sukar membuat keputusan dalam membeli.
Haig Road Market & Food Centre. Untuk maklumat tambahan, di Singapura , sijil dan logo halal jelas dipaparkan di hadapan gerai atau restoran.Penyeragaman dan penguatkuasaan undang-undang mengenai makanan halal amat ketat jauh beza jika hendak dibandingkan di Malaysia yang tidak ada penyeragaman menyeluruh dan undang-undang yang tidak ketat.Justeru anda tidak perlu ragu-ragu apabila menikmati hidangan di Kota Singa ini.

Jika anda berminat untuk datang ke Geylang Serai,saya menggalakkan supaya anda datang pada hari biasa.Cuba elakkan hari Sabtu dan Ahad kerana kawasan ini akan menjadi teramat sesak kerana majoriti pembantu rumah Indonesia keluar berkumpul dan membanjiri tempat-tempat ini.( Mereka mendapat cuti dari majikan pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu).


No comments:

Post a Comment