Sunday 14 April 2013

Darul Arqam, Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Ketika berjalan-jalan di Geylang (dari Geylang Road menuju ke Haig Road), saya melintas di hadapan bangunan Darul Arqam.

Menurut kata suami, Darul Arqam ialah Persatuan Pengislaman Islam Singapura dalam membimbing saudara baru yang baru memeluk agama Islam.
Di samping itu juga, Darul Arqam berfungsi dalam memberi pemahaman yang lebih baik mengenai Islam tanpa mengira bahasa, bangsa atau kepercayaan.Selain itu, persatuan ini berdedikasi untuk memberikan peluang pendidikan dalam bentuk kuliah, kursus dan aktiviti-aktiviti lain yang menggambarkan Islam dalam perbincangan, tingkah laku dan semangat.
Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh Darul Arqam ialah, program
mesra dan acara harmoni melibatkan perjumpaan sosial dalam sambutan peristiwa Islam, penyebaran buku-buku dan majalah untuk membina kesedaran Islam dan bantuan untuk masyarakat melalui kaunseling, bantuan kewangan dan perkhidmatan kebajikan yang lain.


Darul Arqam
32 Onan Rd, Singapore 424484
+65 6597 0400 
www.darul-arqam.org.sg




1 comment:

  1. wiiii singapore! last pergi sana dgn mak ngah, tgk tok sakit. insyaallah akan ke sana dgn diba tak lama lagi. visit makcik di bukit panjang. kalau jumpa makcik khaty best juga kan? tak ingat, makcik khaty duduk mana eh?

    ReplyDelete