Monday 29 April 2013

Padah Membuang Sampah di SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Barangkali ramai antara pembaca yang pernah mendengar akan pujian mengenai kebersihan di Singapura. Denda dan undang - undang yang ketat membuatkan orang ramai tidak berani melakukan kesalahan seperti membuang sampah, meludah dan sebagainya. Di sebalik undang - undang yang sedia ada, masih ada segelintir yang ingkar. Andai ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan menerima padahnya.

Pihak berkuasa turut memberi amaran sekiranya seseorang ditangkap melakukan kesalahan yang sama lebih dari dua kali (membuang sampah), pesalah itu akan dihukum memungut sampah dan melakukan pembersihan di kawasan awam yang sibuk dengan memakai jaket kuning terang (untuk memalukan pesalah). Di belakang jaket kuning terang itu terdapat tulisan yang menunjukkan mereka adalah pesalah.

Pada suatu hari, ibu mertua dan suami memanggil saya dari pintu hadapan rumah. Mereka menunjukkan kepada saya salah seorang pesalah yang sedang menjalani 'hukuman'. Kemudian saya bergegas mengambil kamera dengan harapan gambar tersebut mahu saya kongsikan dengan para pembaca blog Terjemahan Hati. Maaf kerana gambar tidak begitu jelas kerana saya merakam gambar curi ini dari dalam rumah.


Inilah pesalah yang sedang menjalani hukuman dengan memakai jaket kuning terang. Beliau sedang menyarungkan sarung tangan plastik dan bersiap sedia untuk menyapu.

Singapura sehingga kini adalah antara negara dengan kadar jenayah paling rendah dan mempunyai standard kehidupan tinggi di dunia.
Singapura juga terkenal dengan denda yang tegas terhadap kesalahan jenayah kecil. Kesalahan menconteng boleh menyebabkan seseorang didenda lebih S$2,000 (RM4,800) atau lebih tiga tahun penjara selain tambahan tiga hingga lapan sebatan

Kepada mereka yang bakal bercuti ke Singapura, saya nasihatkan supaya patuhlah kepada setiap undang - undang di negara itu.


1 comment:

  1. mana gambo makcik khaty? lamaaaa tak jumpa dia kannn

    ReplyDelete