Sunday 21 April 2013

Little India, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Untuk datang ke Little India, saya menggunakan bas awam dari Yishun Bus Interchange dan turun di Jalan Besar.
Gambar atas : Jalan Besar telah dinobatkan sebagai "Heritage Trails" oleh  National Heritage Board 

Gambar bawah : Struktur rumah-rumah kedai lama di Jalan Besar masih terpelihara

Sekitar Little India. Terdapat banyak restoran halal di sini dan ada di antara restoran tersebut dibuka 24jam
Setiap kali datang ke Little India, saya pasti akan berkunjung ke Mustafa Centre. Yang menarik tentang Mustafa Centre ialah pusat membeli belah ini dibuka 24jam. Harga barangannya murah dan saya gemar sekali membeli coklat di sini. Jualan cenderahati Singapura turut dijual sekaligus Mustafa Centre bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara.

Mustafa Centre
www.mustafa.com.sg
145 Syed Alwi Rd  Singapore 207704

+65 6295 5855
Masjid Abdul Gafoor beralamat di 41 Dunlop Street
Masjid ini telah dibina pada tahun 1907 dan selesai proses membaik pulih pada tahun 2003. Masjid Abdul Gafoor buat masa sekarang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Pada tahun 2003, Masjid Abdul Gafoor telah mendapat Anugerah Warisan Senibina

2 comments:

  1. Salu dengar kawan2 dari Spura di sini bercakap pasal Mustafa centre, ni baru nampak gambar nya. Best ni kalau retail therapy kat sini. Dan tak sangka juga negeri S'pura mempunyai masjid yang agak cantik dan unik.

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC : Saya pernah datang bila lewat malam.Hmmm lagi lewat, lagi ramai orang!hehehe.
    Kalau datang ke Singapura mesti datang ke Mustafa Centre, barang2nya murah :)

    ReplyDelete