Friday 12 April 2013

Geylang, SINGAPURA (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Geylang terletak di sebelah timur dari daerah pusat perniagaan Singapura (Central Business District).

Mengikut sejarah yang saya petik dari sumber Wikipedia ; "Tempat ini telah menjadi pusat komuniti  etnik Melayu Singapura sejak orang Melayu dan Orang Laut tinggal di sini setelah autoriti Inggeris membubarkan desa terapungnya di muara Sungai Singapura pada pertengahan abad ke- 19 Dari paruh terakhir 1800-an  daerah ini juga telah menjadi tempat berkumpulnya orang Melayu dan Arab yang kaya, khususnya dari keluarga Alsagoff , Alkaff  dan Aljunied. Pada1930-an beberapa daerah khas Melayu dibentuk, seperti Kampong Melayu kemudian berubah menjadi Geylang Serai sekarang. Perkembangan hari ini yang disebut Malay Village dicipta untuk meniru sejarah dan  peninggalan pemukiman awal ini."

Jalan Geylang Serai
Gambar atas : Geylang Road

Gambar tengah  dan bawah : Pasar Geylang Serai yang sangat terkenal terutama sekali ianya menjadi tumpuan apabila menjelangnya musim perayaan
Gambar atas : Pemandangan dari jejantas di hadapan Pasar Geylang Serai

Gambar tengah: Komplek Joo Chiat yang terletak berhadapan dengan Pasar Geylang Serai

Gambar bawah : Pintu masuk Pasar Geylang Serai dari aras dua (melalui jejantas)
Sejarah mengenai Geylang Serai telah dipamerkan untuk maklumat para pelancong.Gambar-gambar lama Geylang Serai turut dipaparkan

Sejarah Geylang Serai telah disampaikan dalam dua  bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris
Gambar atas dan tengah : Geylang Serai suatu masa dahulu

Gambar bawah : Kaum Alsagoff antara orang kaya yang paling awal datang ke Singapura

Selain menjual pakaian,tudung dan telekung, di aras yang sama juga terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan serta kuih - kuih tradisional
Gambar atas : Nama gerai juga nampaknya memainkan peranan dalam menarik pelanggan untuk datang.Seperti contoh, "Takde Nama"
Gambar tengah : Gerai menjual Otak-otak juga tidak mahu ketinggalan dengan meletakkan slogan , "Kalau Tak Makan Hidup Tak Cukup Syarat.."

Gambar bawah : Saya memilih sate ayam dan daging sebagai makan tengah hari

*Akan bersambung*

No comments:

Post a Comment