Sunday 21 April 2013

Restoran Zam Zam, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Restoran Singapore Zam Zam  telah memulakan perniagaan seawal tahun 1908. Murtabak ialah keistimewaan di restoran ini dan sudah banyak kali menerima gelaran sebagai murtabak terbaik di Singapura.
Selain murtabak, briyani juga menjadi tarikan pelanggan untuk datang menjamu selera di sini.

Singapore Zam Zam
697  Bridge Road  Singapore 198675

+65 6298 6320


Gambar restoran Singapore Zam Zam yang saya rakamkan pada waktu siang

Restoran Singapore Zam Zam yang saya rakamkan pada waktu malam
Di hadapan  restoran Singapore Zam Zam

Kepada para pembaca dari Malaysia yang tidak pernah lagi datang ke Singapura, saya ingin memaklumkan terdapat sedikit perbezaan antara murtabak Malaysia dan Singapura. Di Malaysia kulit murtabaknya nipis tetapi di Singapura kulitnya keras dan garing. Jika memesan murtabak, hirisan timun turut diberikan bersama kuah kari.
Seperkara lagi, roti canai adalah nama yang digelarkan olen rakyat Malaysia, tetapi di Singapura penduduk tempatan menggelarkannya sebagai roti prata. Oleh itu,sekiranya anda berkunjung ke mana-mana restoran di Singapura, janganlah anda memesan roti canai sebaliknya sebutlah roti prata. :-)
Gambar atas : Murtabak

Gambar bawah : Roti prata telur

2 comments:

  1. Kiranya restoren Zam Zam di Melbourne tu cawangan dari Singapura? Sebab signboard tu mcm lebih kurang sama warna ijau kuning.

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC : Ye, sama cawangan.Saya pernah pergi cawangan di Melbourne tu.Kata Azly, standard dan rasanya tak bagus.Tak macam yang di Singapura punya.

    ReplyDelete