30 April 2013

Jalan Jalan Cari Makan di SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Di Singapura tidak susah untuk mencari restoran masakan cina yang halal.Salah satunya ialah Selera Restaurant yang terletak di Little India. Pesanlah apa jua makanan yang ditawarkan, saya pasti ianya tidak akan menghampakan anda.

 Selera Restaurant
15 Mackenzie Rd, Singapore 228677
 
+65 6338 5687
(Di hadapan panggung Rex)




Menu makan malam saya dan keluarga ialah seperti anak sotong (baby squid) goreng berkicap, ayam goreng, sayur campur dan isi ikan (fish fillet) masak kuah masam manis

Anak sotong (baby squid) goreng berkicap menjadi kegemaran saya dan antara menu yang pasti saya pesan setiap kali menjamu selera di mana-mana restoran di Singapura.


Tang Tea House Hong Kong Cafe
359 Bedok Road,Singapore 469547
+65 6445 9100

www.facebook.com/TangTeaHouseSG

Tang Tea House Hong Kong Cafe merupakan restoran kegemaran saya dan boleh dikatakan restoran wajib untuk menjamu selera setiap kali saya pulang bercuti ke Singapura. Baik dari pelbagai pilihan dim sum sehinggalah ke lauk pauk, semuanya sedap dan sungguh menyelerakan.

Tang Tea House dibuka setiap hari bermula dari 11.00 pagi hingga ke 4.00 pagi
Gambar atas : Ais limau dan air kelapa

Gambar tengah : Ayam panggang

Gambar bawah : Daging masak lada hitam
Pelbagai aneka dan pilihan dim sum

Hidangan dim sum dan lauk pauk
Makan malam kami di Tang Tea House Hong Kong Cafe bersama sahabat Eda dan Zaza
Terima kasih kepada Eda dan Zaza yang menemani makan malam kami di Tang Tea House Hong Kong Cafe


Swensen's
www.swensens.com.sg

Swensen's merupakan satu rangkaian global restoran ais krim yang bermula di San Francisco, California. Perniagaan ini bermula dengan sebuah kedai kecil di tepi persimpangan antara Union dan Hyde Street di San Francisco dan hanya menjual ais krim. Selepas daripada itu apabila rangkaiannya semakin berkembang, barulah menunya bertambah.
Selain di Amerika Syarikat dan Singapura, Swensen's turut menjalankan perniagaannya di Amerika Selatan, Timur Tengah, India, Taiwan, Malaysia dan beberapa buah negara lain di rantau Asia.

Gambar tengah menunjukkan Earle Swensen. Beliaulah yang membuka kedai ais krim Swensen's pertama pada tahun 1948 di San Francisco.

Makan malam di Swensen's

Ketika saya menjamu selera di Swensen's Singapura, saya tidak dapat mencuba sebarang ais krim kerana terlalu kenyang. Namun saya tidak berasa ralat kerana saya sudah menjejakkan kaki di kedai ais krim pertama Swensen's iaitu di San Francisco, Amerika Syarikat.

Untuk lihat gambar ketika saya menikmati ais krim Swensen's di San Francisco, sila ke entry pada tahun 2012 bulan Ogos dengan tajuknya "San Francisco, CALIFORNIA (Bahagian 3)" dan tajuk kecil di bawahnya ialah "Kedai / Cawangan Swensen's Pertama Di Dunia".
http://www.sharery.blogspot.com.au/2012/08/san-francisco-california-bahagian-3.html

Satu lagi entry ialah pada tahun 2012 bulan November dengan tajuknya "Sepetang Di San Francisco".
http://www.sharery.blogspot.com.au/2012/11/sepetang-di-san-francisco.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

29 April 2013

Padah Membuang Sampah di SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Barangkali ramai antara pembaca yang pernah mendengar akan pujian mengenai kebersihan di Singapura. Denda dan undang - undang yang ketat membuatkan orang ramai tidak berani melakukan kesalahan seperti membuang sampah, meludah dan sebagainya. Di sebalik undang - undang yang sedia ada, masih ada segelintir yang ingkar. Andai ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan menerima padahnya.

Pihak berkuasa turut memberi amaran sekiranya seseorang ditangkap melakukan kesalahan yang sama lebih dari dua kali (membuang sampah), pesalah itu akan dihukum memungut sampah dan melakukan pembersihan di kawasan awam yang sibuk dengan memakai jaket kuning terang (untuk memalukan pesalah). Di belakang jaket kuning terang itu terdapat tulisan yang menunjukkan mereka adalah pesalah.

Pada suatu hari, ibu mertua dan suami memanggil saya dari pintu hadapan rumah. Mereka menunjukkan kepada saya salah seorang pesalah yang sedang menjalani 'hukuman'. Kemudian saya bergegas mengambil kamera dengan harapan gambar tersebut mahu saya kongsikan dengan para pembaca blog Terjemahan Hati. Maaf kerana gambar tidak begitu jelas kerana saya merakam gambar curi ini dari dalam rumah.


Inilah pesalah yang sedang menjalani hukuman dengan memakai jaket kuning terang. Beliau sedang menyarungkan sarung tangan plastik dan bersiap sedia untuk menyapu.

Singapura sehingga kini adalah antara negara dengan kadar jenayah paling rendah dan mempunyai standard kehidupan tinggi di dunia.
Singapura juga terkenal dengan denda yang tegas terhadap kesalahan jenayah kecil. Kesalahan menconteng boleh menyebabkan seseorang didenda lebih S$2,000 (RM4,800) atau lebih tiga tahun penjara selain tambahan tiga hingga lapan sebatan

Kepada mereka yang bakal bercuti ke Singapura, saya nasihatkan supaya patuhlah kepada setiap undang - undang di negara itu.


Sistem Tol Di SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Beginilah sistem tol di Singapura. ERP bermaksud Electronic Road Pricing (bayaran tol secara elektronik)

28 April 2013

Raffles Hotel, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Raffles Hotel adalah sebuah hotel gaya kolonial yang terletak di Beach Road.
Gambar - gambar yang saya rakamkan hanyalah di bahagian depan sahaja tidak termasuk bahagian lobi dan bilik.

Menurut sejarah, hotel ini sangat terkenal dengan Singapore Sling, iaitu minuman koktel (beralkohol) yang telah direka oleh pembantu bar Ngiam Tong Boon sekitar tahun 1915 yang pada waktu itu bekerja di Long Bar, Raffles Hotel.

Usia Raffles Hotel sudah menjangkau lebih dari 100 tahun

Hotel setinggi 3 tingkat ini turut terdapat beberapa butik mewah berjenama antarabangsa


Dereten butik - butik di tingkat bawah





Bar dan Kafe

Pemandangan dari tingkat 3

Dari Raffles Hotel jelas kelihatan Marina Bay Sands

Raffles Hotel
1, Beach Road

Singapore 189673
+65 6337 1886
www.raffles.com

Senja di HarbourFront, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Melihat keindahan semulajadi sebelum matahari berlabuh di HarbourFront yang juga dikenali sebagai pintu masuk ke Pulau Sentosa.


Kereta kabel yang menghubungkan Harbourfront Tower 2 dengan Pulau Sentosa


Gambar atas dan bawah : Pengunjung juga boleh ke Pulau Sentosa dengan mneggunakan perkhidmatan monorel dari stesen Sentosa di VivoCity

Pulau Sentosa yang dilihat dari arah jauh

Saya pernah berkunjung ke Pulau Sentosa lebih kurang 8 tahun yang lalu. Oleh kerana itu, saya belum ada keinginan untuk berkunjung lagi ke sini dalam masa terdekat.

Jeti untuk perkhidmatan feri ke Batam dan beberapa pulau kecil lain di  Indonesia

27 April 2013

Chinatown, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Mula berjalan kaki dari stesen MRT City Hall kemudiannya ke Boat Quay, Raffles Place seterusnya ke Speakers' Corner, saya menyambung perjalanan ke Chinatown.

Sekitar Chinatwon

Sekitar Chinatown

Gambar atas : Salah satu rumah awam (berwarna kuning) yang sudah tua usianya

Gambar bawah : Dereten bangunan lama yang masih dijaga dengan baik

Kawasan membeli belah di Chinatown


Pada waktu dahulu Ibu Pejabat Polis, Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Keselamatan Singapura, kesemuanya beroperasi di Chinatown. Selepas tahun 2007 barulah kesemua Ibu Pejabat berkenaan berpindah ke Novena.


Gambar atas : Suami saya sedang melihat dari jauh pejabat lama beliau dan mengimbau kenangan sepanjang berkhidmat dengan Singapore Police Force (SPF). Pada tahun 1995, suami saya yang pada ketika itu sedang berada di sekolah penerbangan di Australia terpaksa pulang ke Singapura untuk menyertai Perkhidmatan Negara (National Service). Dalam tempoh tersebut beliau bersama dengan Singapore Armed Forces (SAF) selama 12 bulan dan seterusnya dengan Singapore Police Force selama 18 bulan.


Gambar tengah : Di atas bangunan masih tersergam lagi logo polis lama

Gambar bawah : Ini pula ialah bangunan CID. Menurut cerita dari suami, pada waktu dahulu (ketika Ibu Pejabat Siasatan Jenayah masih beroperasi), mereka yang berjalan di kawasan tempat saya mengambil gambar ini dapat  mendengar dengan begitu jelas suara dan jeritan dari dalam bilik siasatan polis.

Chinatown yang sentiasa sibuk 
Bangunan Majestic Theatre di Chinatown ini telah berusia 85 tahun
Gambar yang saya ambil dari sumber Google ini lebih nampak jelas bangunan Majestic Theatre dari arah depan

Gambar atas : Menuju ke stesen MRT Chinatown

Gambar tengah : Peta ringkas Chinatown dan sekitarnya

Gambar bawah : Menunggu keretapi untuk menuju ke HarbourFront

Speakers' Corner, SINGAPURA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Di Singapura, Speakers' Corner adalah kawasan yang terletak dalam Hong Lim Park di mana orang ramai (rakyat Singapura sahaja) boleh berdemonstrasi, mengadakan perhimpunan dan bercakap dengan bebas dalam pelbagai topik.
Ia telah dilancarkan pada 1 September 2000 sebagai "kawasan bebas bersuara". Walau bagaimanapun, kepada mereka yang berminat haruslah mendaftar terlebih dahulu di Kreta Ayer Neighbourhood Police Post pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari sebelum acara.

Papan tanda Speakers' Corner diletakkan di beberapa penjuru

Kreta Ayer Neighbourhood Police Post tempat untuk mendaftar sebelum mengadakan demonstrasi atau perhimpunan

Syarat - syarat yang perlu dipatuhi jika hendak menggunakan Speakers' Corner

Dua lagi gambar sekitar Speakers' Corner dari sudut yang berbeza

26 April 2013

Boat Quay ,SINGAPURA (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


*Sambungan dari Bahagian 1*

Sejarah dan gambar - gambar lama Boat Quay

Sebuah lagi bangunan lama yang terdapat di Boat Quay ialah Empress Place Building yang sekarang ini telah bertukar menjadi muzium iaitu Asian Civilisations Museum

Menceritakan latar belakang dan sejarah Perdana Menteri India dan Presiden Vietnam

Gambar atas : Hotel yang bertaraf 5 bintang iaitu The Fullerton Singapore yang terletak berdekatan dengan muara Sungai Singapura

Gambar bawah : Cavenagh Bridge adalah satu-satunya jambatan gantung dan salah satu daripada jambatan tertua di Singapura
Gambar atas : Pihak polis tidak membenarkan pengguna kenderaan yang bersarat termasuklah lembu atau kuda lalu di atas jambatan ini

Gambar tengah : Pintu gerbang atas Cavenagh Bridge

Gambar bawah : Gambar Cavenagh Bridge pada tahun 1890

Gambar atas : Pemandangan yang saya rakamkan dari atas Cavenagh Bridge

Gambar tengah :Patung tiga ekor kucing (Kucing Singapura) turut terdapat di Boat Quay

Gambar bawah : Menggambarkan ku
li India dan Cina memuatkan guni ke dalam kereta lembu


Gambar atas : Patung ini dapat mengimbau zaman dahulu kala di mana kanak - kanak bersuka ria dan bermandi manda di Sungai Singapura

Gambar bawah :Dari patung kita lihat mereka ialah saudagar yang berbangsa Inggeris, Cina dan Melayu

Raffles Place
Tidak jauh dari Boat Quay saya berjalan kaki menuju ke Raffles Place.
Raffles Place kedudukannya terletak di selatan muara Sungai Singapura di Downtown Core dan juga merupakan pusat perniagaan utama di Singapura. Di sinilah terdapat beberapa bangunan dan mercu tanda tertinggi negara.



Gambar atas : Raffles Place dan kawasan sekitar telah diterjemahan ke sebuah arca yang besar

Gambar bawah : Keadaan Raffles Place pada hujung minggu agak sunyi dan kenderaan pun sangat kurang

Gambar taman permainan kanak - kanak pada zaman dahulu dan sekarang sunggu menarik minat saya dan pengunjung lain

Gambar atas : Terdapat beberapa buaian lama diletakkan di Raffles Place Park demi untuk membawa pengunjung mengimbau zaman kanak - kanak pada waktu dahulu

Gambar tengah dan bawah : Dua buah gambar gergasi hitam putih ini diletakkan di Raffles Place Park untuk tatapan pengunjung dan memberi peluang membezakan suasana Raffles Place pada zaman dahulu dan sekarang

Raffles Place Park

Gambar atas : Pintu masuk ke stesen MRT

Gambar bawah : Sejarah Raffles Place

Boat Quay, SINGAPURA (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kali ini saya berkongsi bersama para pembaca gambar - gambar yang saya rakamkan ketika saya berkunjung ke Boat Quay di mana ianya adalah jeti atau pengkalan bersejarah di Singapura yang terletak di muara Sungai Singapura.
Boat Quay juga merupakan pelabuhan lama Singapura yang begitu sibuk pada waktu itu dengan mengendalikan tiga suku daripada semua perniagaan perkapalan pada tahun 1860-an.



Gambar atas : Berjalan kaki dari stesen MRT City Hall untuk menuju ke Boat Quay

Gambar bawah : Projek pemulihan bekas bangunan mahkamah yang bakal menjadi Galeri Seni Negara di
St Andrew's Road

Gambar atas : Padang besar ini yang nama rasminya 'Padang' dahulunya lebih dikenali dengan nama Padang Cricket Ground

Gambar tengah :
Esplanade – Theatres on the Bay, Marina Bay Sands dan Singapore Flyer dapat dilihat dari kedudukan saya berdiri iaitu di tepi padang di St Andrews's Road

Gambar bawah : Singapore Cricket Club (bangunan yang bumbungnya berwarna coklat)

Bangunan parlimen lama (Old Parliament House) yang sudah berusia hampir 200 tahun.
Pada tahun 1999, 
Old Parliament House telah berpindah ke bangunan parlimen baru justeru projek pengubahsuaian pun bermula selepas itu dan selesai  pada tahun 2004. Bangunan ini sudah dikenali sebagai Arts House at the Old Parliament.

Gambar atas dan tengah : Di hadapan Old Parliament House terdapat sebuah tugu gajah yang diberikan oleh Raja Chulalongkorn Thailand (Rama V) sempena meraikan lawatan baginda pada tahun 1871 ke Singapura yang juga merupakan lawatan pertama Raja Siam ke negara asing. Cerita mengenai kedatangannya ke Singapura telah disampaikan dalam empat bahasa.

Gambar bawah : Restoran Viet Lang

Tugu dan patung Sir Thomas Stamford Raffles. Seorang pemuda British yang dikenali kerana mengasas Singapura. 
Di setiap penjuru tugu (di bawah patung Sir Thomas Stamford Raffles), terpahat cerita dalam empat bahasa megenai belia. Saya berikan petikan dalam bahasa Melayu,

"DI-TEMPAT YANG BERSEJARAH INI SIR THOMAS STAMFORD RAFFLES MULA2 MENDARAT DI-SINGAPURA PADA 28HB JANUARI 1819 DAN DENGAN PENELITIAN DAN BIJAKSANA TELAH MENGUBAH NASIB SINGAPURA DARI SA-BUAH KAMPONG NELAYAN YANG TIDAK TERKENAL MENJADI SA-BUAH PELABOHAN YANG TERKEMUKA DAN BANDAR YANG MODEN"


Boat Quay pada hari ini dikelilingi dengan bangunan - bangunan tinggi. Lokasi di sini juga telah menjadi tarikan untuk pasangan pengantin mengabadikan gambar perkahwinan mereka

Boat Quay

Gambar atas : Pemandangan sekitar pada petang hari

Gambar bawah : Bangunan yang terselindung di balik rimbunan pokok itu ialah bangunan baru Parlimen Singapura

Cerita - cerita sejarah lain turut diberitahu dalam bentuk arca dan dapat dilihat di sepanjang
Boat Quay.
Gambar atas : Ia menunjukkan aktiviti perdagangan yang berlaku di sepanjang Boat Quay di kalangan kuli Cina dan India dengan pedagang Eropah

Gambar bawah : Menggambarkan ceti India yang memberikan perkhidmatan pinjaman wang dan berdiri di sebelahnya ialah kerani lelaki berbangsa Cina yang berambut panjang. Patung wanita ini pula menunjukkan ahli perbankan zaman moden.
Secara kesimpulannya, ia menunjukkan transformasi sektor kewangan Singapura dari pinjaman wang tradisional pada zaman dahulu sehinggalah ke perkhidmatan perbankan yang canggih yang disediakan oleh institusi kewangan hari ini.

Boat Quay akan bersambung ke Bahagian 2.