Monday 15 February 2016

Buffet Di MH Hotel - Ipoh

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri kali ini agak istimewa di mana saya berkongsi bersama anda gambar makan malam saya bersama keluarga pada dua bulan lalu. Kali terakhir saya dapat berkumpul dan bergambar bersama seluruh ahli keluarga ialah pada tahun 2009 iaitu semasa majlis perkahwinan saya dan sebelum saya berhijrah ke Australia.

Makan malam ini diatur lebih awal oleh abang dan kakak ipar saya. Lokasinya ialah di MH Hotel dan ia diadakan di tingkat 20 sekaligus kami dapat menjamu mata dengan pemandangan bandar raya Ipoh.


Pemandangan bandar raya Ipoh pada lewat petang yang dirakamkan gambarnya dari tingkat 20 MH Hotel.


Bandar raya Ipoh.

Gunung ganang merupakan penyeri bandar raya Ipoh.


Dewan makan yang luas.


Hidangan pelbagai jenis salad.


Beraneka mee (seperti mee kari) turut dihidangkan di satu sudut yang dihias seperti taman burung.


Ais krim, buah-buahan dan agar-agar antara pilihan pencuci mulut. 


Pelbagai manisan lain ialah seperti kuih karipap, dan beberapa jenis kek.


Minuman panas seperti teh dan kopi diletakkan di satu sudut yang lain.


Bersama kakak-kakak saya.


Dua barisan meja yang panjang diperlukan bagi memenuhi keluarga saya.


Gambar keluarga. Dua orang yang tidak dapat bersama pada malam tersebut ialah abang ipar dan suami saya yang sedang bertugas di Kanada.


MH HOTEL
PT212695B, Jalan Medan Ipoh 1A,

Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh,
Perak, Malaysia.

www.mhtower.com.my

Telefon: +605-545 1000


Fax: (123) +605-545 1002/ 9200

E- mel: reservation@mhhotels.com.my

Satay juga ada disajikan tetapi tetamu perlu ke kaunter khas di mana ada Chef yang akan mengelolakannya. Pakej dan tema hidangan buffet ini mungkin berbeza mengikut musim serta acara dan jika anda berminat, sila ke laman sesawang MH Hotel untuk mendapatkan promosi terkini. Bayaran buffet untuk seorang dewasa ialah RM39.99 dan kanak-kanak RM27.99 (termasuk cukai).
Tempahan boleh dibuat melalui telefon atau e-mel melalui nombor yang saya berikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


1 comment:

  1. ��‍��‍������‍��‍��‍����‍��‍��‍����‍��‍��‍�� happy family ��

    ReplyDelete