Tuesday 2 February 2016

Keunikan Bandar Ipoh

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri kali ini anda akan melihat beberapa gambar semasa saya bersiar-siar di bandar Ipoh yang juga bandar tempat kelahiran saya. Ia merupakan salah satu aktiviti di dalam tempoh percutian saya di Malaysia selama dua bulan pada penghujung tahun lalu.


Sebelum memulakan aktiviti bersiar-siar, saya sempat melawat sekolah rendah tempat saya menuntut ilmu dari darjah 1 hingga darjah 6.


Lukisan di dinding dan tembok bangunan atau dengan nama lain iaitu mural begitu banyak di sekitar bandar Ipoh ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.









Walaupun saya telah berhijrah dan tidak lagi menetap di Malaysia namun Ipoh adalah kampung halaman yang tidak mungkin akan saya dilupakan.

Mural Art's Lane terletak di antara Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Masjid.


Jejak Warisan Ipoh merupakan satu laluan yang begitu menarik terutama sekali untuk pelancong kerana ia akan membawa mereka melihat banyak bangunan-bangunan kolonial yang masih tersergam indah yang dibina antara tahun 1880 dan 1930. Petanda ini terletak berhampiran Bank OCBC di Jalan Dato Maharajalela.


Gambar kiri : Birch Memorial Clock Tower - Menara jam bersejarah ini dibina pada tahun 1905 sebagi tugu peringatan untuk James WW Birch.

Gambar kanan : Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.


Di pusat membeli belah Ipoh Parade.


Gambar kiri : Bergambar bersama anak-anak saudara di bawah pokok hiasan sempena Hari Natal di Ipoh Parade.

Gambar kanan : Berjumpa dengan bekas rakan sekerja di Parkson. Kami tidak bertemu lebih dari 10 tahun lamanya.


Pemandangan sebahagian bandar Ipoh dari atas bangunan Ipoh Parade.


Pemandangan sebahagian bandar Ipoh dari atas bangunan Ipoh Parade.


Gambar panoramik.


Gambar kiri : Di Ipoh Parade.

Gambar kanan : Menikmati kueytiaw goreng kerang pada awal petang di restoran Ipoh Vegas, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning.


Gambar kiri : Penjualan kopi ais begitu terkenal di Malaysia buat masa ini. Kopi ais dari Coffee King dibeli di kawasan tapak pasar malam di Taman Cempaka.

Gambar kanan : Keropok lekor serta cucur udang kauh kacang pedas sebagai kudapan lewat petang yang saya bawa pulang ke rumah. 

Walaupun dibesarkan di Ipoh, tetapi saya akui dari dahulu lagi saya tidak banyak mengambil gambar-gambar bangunan kolonial di sekitar bandar. Selepas sudah tidak menetap di sini dan mempunyai sudut pandangan seorang pelancong, baharu saya rasa tidak puas menerokainya. Saya membayangkan suatu hari nanti akan kembali bercuti di Malaysia dan turut membawa suami untuk bersama-sama menjadi pelancong di kampung saya sendiri.

Teruskan bersama saya kerana tidak lama lagi saya akan berkongsi beberapa entri mengenai kafe-kafe hipster yang terdapat di Ipoh.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment