Saturday 6 February 2016

Konda Kondi Cafe And Bistro

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Apabila saya bercuti di Malaysia, saya tidak gemar untuk menikmati makanan ala Barat kerana melalui pemerhatian dan pengalaman yang pernah saya lalui, mutunya tidak menepati atau hampir sama dengan apa yang biasa saya nikmati di Australia dan di Amerika Syarikat. Bercuti di Malaysia bererti saya mahukan makanan tempatan dan kuih muih tradisional.

Dua bulan lalu saya diajak oleh anak saudara untuk mencuba hidangan di Konda Kondi Cafe and Bistro. Mereka meyakinkan saya bahawa hidangan di sini berbeza dari yang lain. Selain daripada itu saya tertarik dengan nama 'konda kondi' kerana ia merupakan salah satu permainan tradisional yang terkenal sewaktu saya kecil dahulu.

Saya dan anak saudara memesan teh ais dan teh lemon panas serta Lamb Chop dan Giant Dinner. Tidak dinafikan saya amat terperanjat dengan pembahagian (portion) hidangan yang dipesan dan harga yang dikenakan juga berpatutan.












Gambar kiri : Giant Dinner - Campuran daging, kentang, telur goreng dan sayur-sayuran.

Gambar kanan : Lamb Chop - Tiga keping daging kambing begitu memeranjatkan saya kerana sukar untuk mendapatkan bahagian hidangan sebegini di kafe atau restoran lain.

Kepada yang belum pernah ke Konda Kondi Cafe and Bistro, saya mencadangkan anda mencuba hidangan di sini dan saya pasti ia tidak akan menghampakan anda. Jujur saya katakan bahawa saya sungguh berselera dan berjaya menghabiskan hidangan pada itu walaupun dalam keadaan demam dan tekak yang sakit.

Konda Kondi Cafe and Bistro
183, Jalan Sultan Idris Shah,
30000, Ipoh, Perak.


Telefon : +6014 308 2320


Masa Perniagaan : 5:00 petang - 12:00 tengah malam.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment