Sunday 28 February 2016

Pulau Pinang Malaysia Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kedatangan saya ke Pulau Pinang pada bulan Januari lalu adalah kerana menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan di Kepala Batas. Kata orang sambil menyelam, minum air. Begitulah juga dengan saya kerana selepas dari majlis tersebut saya bersama anak-anak saudara singgah sebentar ke Georgetown sebelum pulang semula ke Ipoh pada lewat petang.


Bergambar bersama anak-anak saudara serta bekas rakan-rakan universiti mereka di majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Seri Endon.


Kedua mempelai di meja santapan.


Kami menunggu giliran lebih kurang 45 minit untuk masuk ke dalam feri. Bayaran yang dikenakan untuk sebuah kereta ialah RM7.70.


Tiba giliran untuk masuk ke dalam feri di tingkat atas.


Gambar kiri : Hampir tujuh tahun saya tidak ke Pulau Pinang dan saya baharu mengetahui yang feri sudah berubah warna.

Gambar kanan ; Gambar dirakamkan dari tangga di tingkat atas.


Cuaca mendung dengan awan yang gelap tanda hujan akan turun.


Georgetown.


Sebaik sahaja kami keluar dari feri, hujan turun dengan lebatnya. Saya tidak berkesempatan untuk merakamkan banyak gambar pada ketika itu.


Singgah minum petang di Pie Harbour, Maritime Karpal Singh Drive. Cuaca agak baik di sekitar daerah Jelutong serta Bayan Baru kerana langsung tidak hujan. Kafe ini banyak berkonsepkan Australia sehinggakan setiap meja di luar ini diletakkan nama-nama bandar dan negeri di Australia.


Keistimewaan Pie Harbour ialah mereka menjual pai yang daging lembu serta kambing diimport 100% dari Australia (Halal). Pie Harbour mempunyai beberapa buah cawangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila ke,
http://www.pieharbour.com/


Kira-kira jam 6:25 petang, kami pulang ke Ipoh melalui  Batu Maung dengan menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah). Plaza tol terletak di Bandar Cassia (Batu Kawan) dan bayaran yang dikenakan bagi sebuah kereta persendirian ialah RM8.50.


Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang panjangnya 24 km merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.  Kepanjangan jambatan di atas laut ialah 16.9 km. Pembinaan bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Ia  dirasmikan pada 1 Mac 2014 dan dibuka kepada pengguna pada keesokan harinya.


Masa pemanduan yang diambil sepanjang jambatan ini adalah lebih kurang 20 minit. 


Walaupun lawatan satu hari di Pualu Mutiara tidak puas, tetapi ia cukup untuk melepaskan rindu saya terhadapnya. Saya akan berkongsi beberapa klip video pada bahagian 2 entri ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.





No comments:

Post a Comment