Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Salah sebuah lagi kafe ala
hispter yang terdapat di Ipoh ialah El Negra Distro + Studio. Sebaik sahaja masuk ke sini saya sudah menyukai persekitaran serta hiasan dalamannya. Kafe ini mengingatkan saya akan kafe-kafe di Melbourne, Australia kerana dekorasi yang banyak menggunakan hiasan dari barangan lama. Lihat sahaja gambar-gambar yang saya sertakan di bawah.
|
Gambar kiri : Di luar pintu masuk.
Gambar kanan : Kad perniagaan dan menu. |
|
Kaunter memesan makanan. |
|
Kamera lama dijadikan hiasan. |
|
Ruang makan yang luas. |
|
Pandangan keseluruhan El Negra Distro + Studio. |
|
Salah satu sudut menarik di sini ialah pelanggan dapat melihat pemandangan luar. |
|
Mesin taip dan telefon antik ini menarik perhatian saya. |
|
Gambar kiri : Hiasan dalaman berkonsepkan hitam dan putih.
Gambar kanan : Ciri-ciri Inggeris turut dserapkan di dalam hiasan dalaman. |
|
Antara barangan lama yang dihiaskan di sini ialah kamera, lampu mentol, tong minyak dan potongan hadapan kereta Ford. |
|
Minuman yang menjadi pilihan ialah teh ais tiga lapis, ribena laici dan jus nenas. |
|
Gambar kiri : Chilli Cheese Fries.
Gambar kanan : Beef Nachos. |
|
Gambar kiri : Baked Cheese Meatballs.
Gambar kanan : Beef Nachos. |
|
Beberapa lagi gambar yang saya rakamkan sebelum El Negra Distro + Studio menutup perniagaan pada malam itu. |
|
Beberapa lagi gambar yang saya rakamkan sebelum El Negra Distro + Studio menutup perniagaan pada malam itu. |
|
Sebuah lukisan besar digantung di tepi tangga. |
|
Sebaik turun di tingkat bawah baharu saya ternampak tombol dan penyelak pintu berwarna hitam yang klasik ini sekaligus mengimbau kenangan rumah lama kedua ibu bapa saya sewaktu masa dahulu. |
Secara rumusannya saya berpuas hati dengan kesemua hidangan makanan dan minuman yang dipesan. Walaupun agak lama juga untuk menunggu bebola daging siap dibakar tetapi penantian amat berbaloi kerana sungguh sedap sekali. Harga juga berpatutan dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati secara beramai-ramai.
Seperti yang pernah saya ceritakan kepada pembaca di dalam beberapa entri terdahulu, saya tidak gemar untuk menikmati hidangan ala Barat di Malaysia kerana mutunya tidak mencapai tahap sebenar seperti di negara Barat. Akan tetapi jika ada kesempatan di lain tahun, mungkin saya akan kembali ke El Negra Distro + Distro untuk menikmati hidangan yang sama kerana ia agak memuaskan hati saya.
El Negra Distro + Studio
121, (Tingkat 1) Jalan Sultan Idris Shah,
30000, Ipoh Perak.
Telefon : +60165217960
Waktu perniagaan bermula dari 4:00 petang hingga tengah malam.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
best.. mknan pun 👍 jgk
ReplyDeleteSima : Meatballs nye sedap.
Delete