Tuesday 9 February 2016

Kafe Magnum - Putrajaya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Saya pasti sudah ramai yang telah menikmati ais krim di kafe Magnum yang terdapat di beberapa cawangan di Kuala Lumpur. Kemungkinan juga masih ramai yang belum mengunjunginya. Di sini saya kongsikan bersama anda beberapa gambar semasa kunjungan dua kali saya ke kafe Magnum di IOI City Mall, Putrajaya.

Gambar kiri : Pintu hadapan ini dikhaskan untuk pelanggan yang hanya ingin membeli sepotong ais krim sahaja.

Gambar kanan : Pintu luar (bersebelahan Starbucks) adalah pintu masuk bagi pelanggan yang ingin menikmati minuman dan hidangan berat.

Tiga hidangan ais krim bersaiz besar yang telah dipesan oleh saya dan sahabat ialah;

Gambar kiri : Tiramisu.

Gambar kanan : Death by Chocolate.

Gambar bawah : Triple Choc Cookie Skillet.


Gambar kiri : Death by Chocolate.

Gambar kanan : Triple Choc Cookie Skillet.


Bergambar bersama dua orang sahabat baik saya di hadapan kafe Magnum.

Kunjungan ke kafe Magnum Putrajaya untuk kali ke dua dalam masa dua minggu bersama kakak dan abang ipar saya.

Sekali lagi saya memesan Triple Choc Cookie Skillet serta minuman coklat ais dan kopi panas.


Bagi hidangan ais krim Death by Chocolate dan Triple Choc Cookie Skillet, pelanggan perlu menunggu lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk kek serta biskut di dalam mangkuk kaserol itu siap dibakar. Andai saya kembali bercuti di Malaysia, kafe Magnum pasti akan saya kunjungi lagi untuk mencuba menu yang lain pula tetapi saya tidak akan memesan minuman coklat ais yang saya rasakan tidak sesedap seperti yang biasa saya nikmati di mana-mana kafe lain sebelum ini. Wifi percuma turut diberikan kepada para pelanggan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



1 comment:

  1. blk bercuti di Msia akn datang, wajib pergi lagi ke sini. :D

    ReplyDelete