Thursday 4 February 2016

Kafe Plan B Ipoh

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Plan b merupakan salah sebuah kafe yang popular di bandar Ipoh (Pekan Lama).
Persekitaran yang mendamaikan, hiasan yang unik serta banyak mempamerkan barangan lama dan antik. Kedatangan saya ke Plan b adalah pada hari bekerja oleh itu tidak ramai pengunjung dan begitu senang untuk mengambil gambar.

Di bahagian luar kafe terdapat beberapa gerai menjual barangan cenderamata dan hiasan. Ais kepal turut dijual di sini. Plan b turut mempamerkan hasil seni dan ayat-ayat petikan dari pengarah serta penerbit filem Allahyarham Yasmin Ahmad.

















./.,










Saya memesan minuman teh epal pudina, coklat ais, kopi ais Australia (Apple Mint Tea, Iced Chocolate, Australian Iced Coffee) dan Nachos.

Dua perkara tentang Plan b yang ingin saya ulas di sini iaitu yang pertama, harganya agak mahal dan kedua saya tidak berpuas hati dengan ketidakjujuran seorang pelayan. Apabila saya bertanya kepada beliau apakah jenama kopi yang digunakan untuk kopi ais Australia? Beliau lantas menjawab "T2". Semestinya beliau tidak tahu yang saya adalah pelanggan dari Australia dan begitu senang beliau menipu saya. T2 adalah jenama teh yang begitu terkenal dan ia berasal dari Australia. T2 tidak menjual kopi. Pada ketika itu saya amat malas untuk memberi penjelasan atau menegur tentang sikap tidak jujur beliau. Saya mendiamkan diri tetapi selepas pulang, saya telah membuat aduan dengan menghantar e-mel kepada pihak atasan dengan memberi maklumat serta gambar pelayan tersebut. Selain daripada tindakan yang akan diambil terhada beliau, mereka telah menjawab serta memberi penjelasan tentang penyediaan kopi ais itu.

Seperkara yang saya sukai tentang Plan b ialah lokasi ini amat sesuai untuk berkumpul/melepak sesama keluarga atau rakan-rakan kerana persekitaran yang mendamaikan. Untuk mendapatkan lebih maklumat terutamanya tentang menu, harga serta waktu pernigaan anda boleh lawat ke laman sesawang yang saya berikan di bawah.


Plan b
No. 75, Jalan Panglima
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Telefon : +605-249 8286

www.thebiggroup.co/planb/


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment