Wednesday, 10 February 2016

Salam Noodles - Cyberjaya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Makan adalah tujuan utama setiap kali saya datang ke Cyberjaya. Kesemua kunjungan itu juga adalah dari jemputan para sahabat saya. Pada dua bulan lalu saya telah menikmati hidangan lewat tengah hari di Restoran Salam Noodles bersama sahabat saya dan turut ditemani oleh ibu beliau.


Mengambil meja di luar restoran.


Program Jalan Jalan Cari Makan TV3 turut pernah datang membuat liputan di sini.


Minuman layan diri diberikan percuma kepada pelanggan.


Gambar kiri : Mutton Roast Stick - Satay kambing China.

Gambar kanan : Spiced Beef - Daging Berempah.

Nasi putih, daging berempah dan satay kambing cukup untuk kami bertiga. Saya tidak dapat menghabiskan semangkuk kecil nasi tetapi saya berjaya 'melepaskan geram' dengan satay kambing. Kali terakhir saya menikmati satay kambing ini adalah di Melbourne beberapa tahun lalu manakala kali pertama saya mencubanya ialah semasa lawatan ke Shanghai sepuluh tahun lalu. Saya juga pernah mencubanya di Beijing pada tahun 2009.

Salam Noodles mempunyai lima buah cawangan iaitu di Shaftsbury Square Cyberjaya, Presint 8 Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Wangsa Maju dan cawangan yang saya kunjungi ialah CBD Perdana, Cyberjaya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment