16 February 2016

Kafe Sudu - Ipoh

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pernahkah anda melintas di hadapan kafe Sudu di Medan Gopeng dan tertanya-tanya apakah menu yang ditawarkan kepada pelanggan? Menu yang ditawarkan di sini adalah hampir sama dengan kedai kopitiam lain yang terdapat di Malaysia tetapi dengan beberapa hidangan serta minuman istimewa, ia menjadi daya tarikan untuk pelanggan datang mencubanya.

Menu terkenal di kafe Sudu ialah Mee Ketam serta pelbagai pilihan kopi daerah. Saya berkunjung ke sini adalah pada waktu petang dan tentunya saya memilih untuk mencuba makanan yang agak 'ringan'.


Kafe Sudu  (bersebelahan Bank Rakyat).

Menu di Kafe Sudu.

Ubi kayu rebus yang dihidang bersama sambal tumis serta kelapa parut merupakan hidangan yang sangat istimewa dan boleh saya katakan di sini ia adalah menu yang paling 'berbisa'. Hidangan tradisional lagi klasik ini amat menarik perhatian saya.

Chee Cheong Fun juga sangat menyelerakan. 

Cucur udang bersama kuah kacang.

Selain tiga pilihan makanan seperti gambar di atas, minuman teh tarik turut menambahkan selera saya pada petang itu apatah lagi dalam keadaan hari hujan. Kepada warga Ipoh khususnya yang tinggal berhampiran Medan Gopeng saya menyarankan supaya anda tidak berlengah masa untuk berkunjung ke kafe Sudu.

KAFE SUDU
No 35, Medan Gopeng 1,
Jalan Sultan Nazrin Shah,
31350, Ipoh, Perak,
Malaysia.

Telefon : 
+60 19-329 0156

Waktu Perniagaan : Setiap Hari dari 7:00 hingga 11:00 malam

Facebook : Kafe Sudu



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



1 comment: