Saya singgah semula ke laman blog kerana ingin berkongsi cerita kepada yang tidak tahu atau kurang pasti bahawa di Perth ini juga ada Ikea :-) Mungkin ada juga yang tertanya tanya bagaimana pula keadaan Ikea Perth ini.
Secara kebetulan sebelum berkahwin masing masing saya dan suami mempunyai minat yang sama iaitu memang suka berjalan "mencuci mata"dan membeli serba sedikit peralatan,perhiasan rumah atau perkakasan dapur di Ikea.Semasa saya masih lagi tinggal di Malaysia,saya kerap mengunjungi Ikea di Mutiara Damansara malah saya juga pernah berpeluang ke Ikea Taipei,Taiwan.Suami pula kerap mengunjungi Ikea di serata Australia.
Ikea Perth terletak di alamat 6,Sunray Drive(off Ellen Stirling Blvd),Innaloo WA 6018.Lebih kurang 15minit pemanduan dari bandaraya untuk sampai ke sini.
Sejak menetap di Perth,sudah beberapa kali juga saya berkesempatan datang ke sini dan oleh itu saya sertakan beberapa gambar yang dirakamkan sebelum masuk ke tempat meletak kereta.
tetapi memerlukan kurang 5minit masa pemanduan untuk sampai ke sana dan tidaklah sama seperti di Ikea Mutiara Damansara yang bercantum dengan Ikano dan The Curve serta berhampiran dengan Cineleisure dan Hotel Royale Bintang.
Saya tidak ada gambar yang dirakamkan di dalam Ikea Perth ini kerana tiada perbezaan pun dengan mana mana Ikea yang lain.
Perbezaan yang ketara adalah waktu urusniaga yang mungkin ada di antara anda yang akan terkejut;
Isnin-Jumaat : 9.00pagi- 6.00petang
Khamis : 9.00pagi- 9.00malam
Sabtu : 8.00pagi- 5.00petang
Ahad TUTUP
InsyaAllah dipertemuan akan datang saya akan perincikan lagi waktu urusniaga di sekitar bandaraya Perth yang agak sedikit berbeza ini.
Jumpa lagi di lain masa,jaga diri semua :-)
I LOVE IKEA! Bila kita nak kesana lagi eh?
ReplyDeleteAtmospherenye tak berbeza samada di SG or AU or MY cuma the crowd saje yang lain.
Bila bila abang driver free :-)
ReplyDeletehihihihi... nnti cek nk beli la periuk kat mama.. msty mama suke.. :) buleh mama wat aym grg rempah ag.. nyummy.. rindunyaaa...
ReplyDeletesedap tau mama msak ayam grg rempah tu :)
ReplyDeleteAyam goreng AOR? Sedap tu! hehehe
ReplyDeleteHmmm rindu plak IKEA ...macam nak pergi lagi next week =)
hihihihii.. nnti cek beli.. mama klu ade periuk bru lagi bersemangat mama nk msak.. acu, n unclee blum rsa lagi ayam bbq mama.. meletuppp.. nnti acu n unclee balik cek minx mama watkan.. :)
ReplyDelete